POPULAR DUNIA HIBURAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 8 Ogos 2012

PLANET MARIKH

Menakjubkan : Gambar 3D dan berwarna planet marikh



Robot pengesan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) ke Marikh, Curiosity semalam menghantar imej pertama berwarna yang memaparkan keadaan sekeliling planet tersebut.

Gambar berwarna yang diambil dengan keadaan habuk masih mengaburi lensa kamera itu, menunjukkan dinding dan kaki gunung Kawah Gala, lokasi yang ditetapkan untuk Curiosity mendarat di Marikh pada Ahad lalu selepas mengembara selama lebih lapan bulan di angkasa lepas.

Gambar tersebut membuktikan satu daripada keupayaan penting robot itu, iaitu kamera yang dikenali sebagai Mars Hand Lens Imager (MAHLI), telah berfungsi dengan baik.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan