Mesin pengimbas supermarket tidak memerlukan barcode dengan alat ini
Barang-barang di supermaket atau tempat shopping lainnya, selalu dilekatkan dengan barcode untuk memudahkan saat pembayaran dibuat. Tapi tidak semua barang boleh diberi barcode seperti buah dan sayuran. Sangatlah menyusahkan jika beli sayur atau buah di supermarket kerana kita harus menimbang dan pekerja supermarket harus melekatkan label barcode supaya bila dikaunter nanti, mesin pengimbas akan dapat membaca harganya.
Namun kini, hal tersebut tidak diperlukan lagi kerana Toshiba Tec sedang mengembangkan sebuah mesin pengimbas supermarket baru yang boleh membaca/ mengidentifikasi sebuah benda sehingga dikenali tanpa harus menggunakan barcode.
Dengan bantuan kamera yang dipasang di sistem pengimbas ini, buah atau sayuran boleh terus diidentifikasi tanpa label barcode dan kerjanya juga tidak berbeza dengan mesin pengimbas yang membaca barcode. Hebatnya lagi mesin pengimbas ini juga mampu membezakan beberapa jenis dalam buah atau sayuran.
http://urutbadan-natasha.blogspot.com/
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan