POPULAR DUNIA HIBURAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 10 Ogos 2012

Tahniah Anak Sarawak

Tahniah Pandelela Rinong! Tahniah Anak Sarawak!



CTS ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada penerjun wanita negara, Pandelela Rinong Anak Pamg kerana berjaya mengharumkan sekali lagi nama Negara Malaysia dengan memperolehi pingat Gangsa di dalam Sukan Olimpik. Satu lagi prospek pingat yang tidak menghampakan daripada srikandi muda negara ini. Seawal usia 19 tahun mencatatkan sejarah negara sebagai atlet wanita pertama yang mendapatkan pingat di sukan olimpik. Juga ini merupakan satu sejarah pertama kali Anak Serawak memperolehi pingat di dalam sukan yang berprestij ini. CTS mengharapkan semua pihak agar dapat menyambut kepulangan wirawati Negara ini dengan gilang gemilang. Jangan dilupa ganjaran dan wang hadiah buat Wirawati Negara ini. Tahniah sekali lagi Pandelela. Malaysia amat berbangga denganmu! Agi idup agi ngelaban.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan