POPULAR DUNIA HIBURAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 14 Ogos 2012

Seini dibunuh


Seini dibunuh kerana enggan senyum


Seorang kanak-kanak perempuan dibunuh dengan sadis oleh ayah kandungnya hanya kerana dia tidak mahu senyum. Ayah sadis ini ditangkap dan kini diadili di mahkamah Auckland. New Zealand Herald, memberitakan, si ayah, Kefu Ikamanu, melempar Seini Ikamanu yang berusia 2 tahun ke tembok, lalu menginjaknya. Seini sempat dibawa ke rumah sakit dan dirawat namun dia meninggal dalam keadaan tulang dada patah, tulang pinggul patah, dan kerosakkan otak. Seini meninggal di rumah sakit lapan bulan kemudian akibat pneumonia yang dianggap kesan akibat kerosakkan di otaknya. Di mahkamah, pendakwa menyatakan tindakan itu dilakukan Ikamanu kerana anaknya tidak pernah tersenyum kepadanya.


Perilaku anaknya itu dianggap sebagai perilaku buruk anak akibat orang tua terlalu memanjakan. “Dia merasa tertekan dan marah dengan perilaku anaknya itu. Dia fikir anaknya tak pernah tersenyum padanya dan itu membuatnya marah,” kata pendakwa. Di mahkamah itu terungkap bahawa Seini lama tinggal bersama datuknya di Tonga dan baru saja kembali bersama dengan ayah dan ibunya.
http://715246.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan