Mangsa, Mohd Faizal Harun, 34, pada mulanya cedera parah di kepala selepas dibaling batu bata ketika pergaduhan kira-kira jam 5 petang 28 Julai lalu, namun disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 11.50 malam Selasa lalu.
Menurut sumber, pergaduhan itu berpunca apabila sebuah kereta terhalang ketika mahu keluar rumah, menyebabkan berlaku pertikaman lidah dengan anggota keluarga yang tinggal bersebelahan.
“Pergaduhan antara dua keluarga itu bertambah buruk apabila rakan dan saudara lain turut campur tangan hingga membabitkan lebih 20 orang,” katanya di sini, semalam.Menurutnya, dalam pergaduhan itu pelbagai senjata digunakan termasuk kerambit, batu bata, besi, kayu dan pasu bunga hingga mengakibatkan beberapa yang lain cedera

Tiada ulasan:
Catat Ulasan