POPULAR DUNIA HIBURAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, 4 Ogos 2012

Lelaki terjun dari pesawat AirAsia

Gambar Lelaki terjun dari pesawat AirAsia

Photo by See Hua Daily News
Kira-kira 200 penumpang sebuah pesawat AirAsia berdepan saat menakutkan apabila pintu kecemasannya tiba-tiba dibuka oleh seorang lelaki sewaktu pesawat itu memecut untuk berlepas di Lapangan Terbang Miri malam tadi.

Lebih mengerikan, dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, lelaki berketurunan Cina yang dikenali sebagai Chong dipercayai berusia 24 tahun bertindak nekad terjun ke landasan sebelum pesawat dihentikan serta merta oleh juruterbang yang dimaklumkan tentang kejadian berkenaan.

Chong bersama teman wanitanya menaiki pesawat tersebut untuk ke Kuala Lumpur.

Berikutan kejadian itu, operasi penerbangan di Lapangan Terbang Miri dihentikan seketika bermula 9 malam.

Berdasarkan laporan tidak rasmi, Chong dilaporkan dalam keadaan kritikal. Walau bagaimanapun punca beliau bertindak demikian belum diketahui dan masih dalam siasatan polis.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan