Demam Baskin Robbins Melanda Negara
Melihat kepada gambar-gambar yang di"post" oleh rakan-rakan di laman sosial Facebook menunjukkan Rakyat Malaysia sanggup beratur panjang untuk mendapatkan satu "scoop" ice cream secara percuma. Atau mereka berkumpul untuk menyatakan sokongan kepada Wira Negara, Dato Lee Chong Wei yang mendapatkan satu-satunya pingat Olimpik buat Negara buat masa ini.
Tahniah buat Baskin Robbins dan Restoren Nasi Kandar Kayu SS2 yang memberikan makanan percuma kepada Rakyat Malaysia walaupun janji mereka pada asalnya hanya sekiranya atlet Negara memenangi emas. Semangat cintakan Negara sebegini yang kita perlukan dalam menempuh kemerdekaan Negara yan ke 55. Ingatan buat semua pembaca, lain kali kalau ingat ice-cream, ingat Baskin Robbins dan bukan Azmin Ali.
Published with Blogger-droid v2.0.6
Tiada ulasan:
Catat Ulasan