POPULAR DUNIA HIBURAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 2 Ogos 2012

Hampir pengsan lihat mayat suami

myMetro | Hampir pengsan lihat mayat suami                                 LOR GAJAH: “Kenapa tak beritahu aku?” rintih Suriani Saedon, 34, yang ditujukan kepada pengurusan kilang suaminya bekerja selepas melihat suaminya maut dalam keadaan mengerikan di kilang tempat mangsa bekerja di Kawasan Perindusrian Kelemak, dekat sini, semalam.
Guru itu yang hampir pengsan melihat keadaan suaminya hanya mengetahui mengenai kemalangan berkenaan selepas diberitahu ibu mentuanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, Mohd Jafri Sarip, 35, juruteknik sebuah kilang plastik terbunuh apabila kepalanya hancur dihempap mesin pencetak di premis berkenaan.


Difahamkan, ketika kejadian mangsa yang bersendirian memeriksa mesin cetak itu yang berhenti secara tiba-tiba. Bagaimanapun, ketika memeriksa, mesin berkenaan kembali berfungsi seperti biasa lalu menghempap kepala mangsa.

Lebih memilukan targedi malang pada hari ke-12 Ramadan itu hanya disedari rakan sekerjanya selepas beberapa kali kepala Mohd Jafri dihempap mesin pencetak berkenaan.


Ibu mangsa, Asmah Zainal, 60, berkata, anak ketiga daripada enam beradik itu pernah menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja.



“Dia sudah 10 tahun bekerja dan beberapa kali memberitahu mahu berhenti kerana tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan.

“Kali terakhir saya menemuinya ketika berbuka puasa dua hari lalu (Isnin), namun tiada sebarang perubahan ditunjukkan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.


Menurutnya, dia hanya dimaklumkan kejadian itu oleh rakan sekerja anaknya yang sedang bercuti.

“Ketika saya menghubungi Suriani yang sedang mengajar di Sekolah Kebangsaan Simpang Ampat, dia turut memberitahu tidak mengetahui kejadian menimpa suaminya itu,” katanya yang agak kesal dengan pihak pengurusan kilang berkenaan.


Kata Asmah, anaknya yang tinggal dengan mentuanya di Kampung Melekek Dalam, Simpang Ampat, meninggalkan tiga anak berusia antara satu hingga tujuh tahun.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan.


“Siasatan awal mendapati ketika kejadian mesin itu tidak berfungsi dan apabila mangsa memeriksanya, mesin berkenaan menghempapnya mengakibatkan mangsa cedera teruk di kepala. Mayatnya dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya.


Menurut beliau, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


                                                                                                                              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan