POPULAR DUNIA HIBURAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jumaat, 31 Ogos 2012


Cara mahasiswa di Singapura berpakaian


Singapura memang sudah terkenal akan kemajuannya. Mereka adalah negara termaju di Asia Tenggara. Kerana kemajuan itulah rakyatnya cenderung mentah-mentah mengamalkan budaya luar, samaada ianya baik mahupun buruk. Nyatanya memang warga Singapura bergaya hidup ala Barat. Para mahasiswa (khususnya mahasiswi) Universiti terkenal disana malah lebih parah lagi. Mahasiswa biasanya dikenali dengan intelek, tetapi mereka mengamalkan gaya barat dalam berpakaian ketika hendak ke kampus. Santai dan bebas berpakaian. Ini bukan mahu berjalan-jalan ataupun ke pantai, tapi mahu ke kuliah! Ianya benar-benar fasyen disaster dan mampu membuat mata lelaki manapun melotot. Benar-benar pemandangan yang tidak pernah dilihat di Malaysia.. http://natasha-massagealamalay.blogspot.com/ 

Nenek 100 Tahun


Nenek 100 Tahun 'Dibuang' di Kebun Pisang


Menyaksikan kelucuan dan kegirangan cucu dan cicit merupakan dambaan bagi semua nenek. Namun, hal ini tak berlaku bagi Nenek Pawennai yang telah uzur. Di usianya yang sudah melebihi 100 tahun, Pawennai harus tinggal di gubuk kecil di tengah kebun pisang yang terletak di belakang Kantor Desa Patila, Kecamatan Pammana, Kabupaten Wajo, Sulawesi Selatan. Nenek Pawennai yang memiliki empat anak dan belasan cucu hingga cicit dan buyut ini hanya tinggal bersama anak bungsunya bernama Naima (65) di sebuah gubuk kecil berukuran 3 x 4 meter. Di gubuk inilah Nenek Pawennai mendapatkan rawatan seadanya lantaran indera penglihatan dan pendengarannya tak lagi berfungsi akibat dimakan usia.

Meskipun demkian, Nenek Pawennai tetap boleh merawat dirinya dengan mandi air hangat setiap hari. Untuk makan setiap hari, Nenek Pawennai kadang-kadang harus mengharapkan belas kasihan para penduduk yang tinggal tak jauh dari kebun pisang yang ditempatinya. "Anak bungsunya yang merawatnya kerana dia saja yang belum kahwin. Biasa kita yang bawakan nasi sama biskut," ujar Rosmiati, warga tempatan.

Ketika ditanyakan ke mana semua anak dan cucunya, Naima menyatakan bahawa semuanya ada, dan kadang-kadang mereka datang menengok. "Ada yang tinggal di sana, dan ada juga yang di Sidrap. Mereka sekali-sekali saja datang," ungkap Naima.

http://natasha-massagealamalay.blogspot.com/

BUS MEWAH KENA SIMBAH CAT


Tu Dia BUS MEWAH ANWAR KEna Simbah Cat Semasa Dalam Perjalanan Ke Kelantan.....

 
 
Adakah Provokasi ANWAR ini atau rakyat sudah semakin meluat dengan ANWAR?Ini semuanya boleh terjadinya.....untuk menjadi publisiti ANWAR saja tu kot untuk menarik perhatian BUS Mewahnya...siapalah yang jadi pengkhianat tu memeng pelak..... http://natasha-massagealamalay.blogspot.com/

Drummer XPDC bawa teksi


Drummer XPDC bawa teksi untuk meneruskan kehidupan

Khamis, 30 Ogos 2012


Keadaan Dataran Merdeka 10.00 Malam

Penyokong BERSIH masih belum membanjiri Dataran Merdeka. Dianggarkan sekitar 100-200 orang kumpulan berbaju kuning memasuki Dataran Merdeka. Keadaan hiruk pikuk akibat bunyi trompet yang ditiup. Mungkin untuk mengamitkan suasana yang agak hambar. Kebanyakan keluarga sudahpun beredar ke KLCC apabila diberitahu sambutan "countdown" merdeka akan diadakan di sana.http://715246.blogspot.com/

Keadaan Di Dataran Merdeka


Keadaan Di Dataran Merdeka Pukul 9.00 Malam Tenang #JanjiDemokrasi

CTS berlintas langsung dari Dataran Merdeka sejak petang tadi. Khabarnya, penyokong-penyokong BERSIH akan berhimpun sekali lagi atas nama Janji Demokrasi. Tidak dapat dipastikan apa yang akan berlaku malam ini.
Kebanyakan yang datang setakat ini bukan majoritinya penyokong Bersih. Hanya Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan membawa keluarga bersiar-siar menikmati panorama malam merdeka di Kuala Lumpur.http://715246.blogspot.com/

MATI DI SEBABKAN AYAM


Mengalami kegagalan jantung sebelum mati akibat ketegangan terhadap ayam peliharaannya


Seorang perempuan di Jordan dilaporkan menderita gagal jantung, setelah sempat merasa tegang dengan ayam-ayam peliharaannya. Perempuan berusia 40 tahun itu khabarnya kesal kerana ayam-ayam miliknya, menolak makan makanan ternakan yang baru saja dia beli. Ayam-ayam tersebut memilih berlari-lari ke kebun belakang rumah ketika perempuan itu meletakkan makanan di hadapan mereka. Tidak tahan melihat sikap ayam-ayamnya, perempuan itu pun mengurung mereka di kandang dan melemparkan makanan begitu saja. "Namun, mereka masih tidak mahu makan. Dia kemudian marah dan kembali ke kandang untuk memaksa mereka makan dengan memegang kepala mereka dan memaksa memasukkan makanan ke mulut mereka," tulis Suratkabar berbahasa Arab Alsousana, seperti dipetik Emirates247.


"Ayam-ayam tersebut menyemburkan makanan yang dimasukkan dengan paksa . Lalu perempuan itu bergegas masuk ke dalam rumah dan dia merasa sukar bernafas namun dia masih sempat ke doktor sebelum akhirnya menghembuskan nafas terakhir," sebut suratkabar itu. Jirannya menggambarkan perempuan itu, sebagai seorang yang memiliki emosi buruk.
http://715246.blogspot.com/ 

Mesej cinta dalam botol


Mesej cinta dalam botol merentasi laut dari China ke England..hanya dalam 6 hari?


Mesej dalam botol romantis yang ditemui oleh seorang ibu dan anak perempuan di pantai Scotland telah mencetuskan satu misteri tentang sama ada ia boleh mengembara 5,000 km merentasi laut dari China. Nicola MacFarlane, 41, dan anak perempuan Lucy, empat, dari Portobello, berhampiran Edinburgh, sedang bersiar-siar di Portobello Beach apabila mereka terserempak dengan botol kaca lama separuh tertanam di pasir yang mengandungi nota dalam tulisan bahasa Mandarin.


Nampaknya surat itu telah berjaya dalam perjalanan yang luar biasa merentasi Laut Filipina, ke Lautan Hindi dan melalui kedua-dua Atlantik Selatan dan Lautan Atlantik Utara sebelum sampai di pantai Britain.Menarik kerana surat itu nampaknya dihantar melalui laut, dan telah ditulis pada hari valentine day China, atau dengan nama tradisionalnya, Qixi Festival, yang jatuh pada hari ketujuh bulan lunar ketujuh.


Walaupun surat itu selaras dengan kalendar lunar - Julai 7, 2012 - ia kemungkinan telah dihantar baru-baru ini iaitu lebih tepat lagi, enam hari lalu jika ia mengikuti kalendar moden, yang menyambut majlis itu pada 23 Ogos. Sama ada mesej itu telah mengembara beribu batu dari China atau sama ada ia telah ditulis oleh sepasang kekasih yang hanya tinggal berdekatan, masih kekal menjadi misteri.




http://715246.blogspot.com/

Kepala lelaki ini dipenggal


Ngeri : Kepala lelaki ini dipenggal diatas kereta api


Mengerikan! Seorang lelaki India mati dipenggal di atas kereta api yang sedang bergerak laju. Atas insiden ini, pihak polis India sedang memburu geng pemuda yang bersenjatakan pisau yang disyaki berada di sebalik aksi keji ini. Insiden ini terjadi di dekat stesen Bazarshau, sekitar 190 km dari Kalkuta, Benggala Barat. Mangsa adalah seorang lelaki bernama Khokon Ghosh (37) yang diketahui merupakan penjaja manisan. "Pelaku berhasil melarikan diri ketika kereta api dihentikan kerana mendengar suara jeritan para penumpang," ujar ketua polis tempatan, Humayun Kabir. Tidak disebutkan jumlah pelaku dalam aksi yang dilakukan di hadapan para penumpang lainnya.


Namun polis tempatan mencurigai kelompok pemuda yang kerap melakukan aksi jenayah dan meresahkan warga setempat. "Hasil penyelidikan awal menunjukkan bahawa Ghosh dibunuh akibat masalah di desa tempatnya tinggal," tutur Humayun. Polis tempatan masih melakukan penyelidikan menyeluruh atas kes ini. Pelaku kes ini masih diburu.

http://715246.blogspot.com/

kapal dibina daripada tulang


Miniatur kapal laut yang unik, dibina daripada tulang


Selama perang Napoleon antara Perancis dan Inggris (1803-1815), banyak pasukan yang menjadi tahanan di kedua belah pihak. Orang Inggris yang ditawan biasa menghabiskan waktu dengan bersukan. Lain dengan Orang Perancis, selama di penjara mereka justru membangunkan karya seni berupa miniatur kapal laut dari tulang. Para tahanan tersebut sengaja mengasingkan tulang kambing atau babi dari sisa makanan mereka.

Setelah direbus dan dijemur di bawah sinar matahari agar warna tulang jadi putih, lalu disusunlah menjadi rangka miniatur kapal. Tulang berukuran besar diukir menjadi tubuh kapal, dan tulang yang lebih kecil (juga menggunakan kayu) untuk alat seperti meriam di dalam kapal. Masalahnya, tulang kambing dan babi kadang tidak cukup. Kerana itulah para seniman tersebut juga memakai tulang manusia - diperoleh dari mayat yang digali kembali.


Selain tulang, tahanan Perancis tersebut juga menggunakan rambut mereka sendiri sebagai pengikat dan tali-tali layar. Serta kertas tisu atau bahan lainnya sebagai layar kapal itu sendiri. Hebatnya, para seniman tersebut tidak menggunakan skala kapal secara terperinci. Namun tetap menjadikan hasilnya tetap indah dan sempurna.



http://715246.blogspot.com/ 

Drama mempersendakan islam


Drama bersiri ini didakwa mempersendakan islam


Sebuah drama bersiri televisyen komedi BBC mengenai pemimpin masyarakat Islam di Britain, menerima 200 aduan selepas didakwa 'mempersendakan Islam dan menggambarkan stereotaip mengenai Asia dan tidak menghormati al-Quran'. Satu daripada babak dalam drama berjudul Citizen Khan itu yang mencetuskan kemarahan penduduk Islam, menggambarkan anak perempuan kepada sebuah keluarga Khan bergegas memakai tudung dan berpura-pura mengaji Al-Quran ketika bapanya pulang ke rumah. Drama sebanyak enam episod itu, yang disiarkan buat pertama kalinya di BBC pada pukul 10.35 malam kelmarin, diarahkan oleh Adil Ray, seorang penganut Islam warga Britain yang juga memegang watak utama dalam Citizen Khan.


"Ini adalah stereotaip yang amat teruk dan jahil," tulis seorang penonton dalam papan mesej BBC. "Ia amat mengecewakan terutamanya ketika babak anak perempuannya berpura-pura mengaji al-Quran," tulis seorang lagi penonton. Pengkritik turut mengecam pengulangan banyak stereotaip mengenai penganut Islam Britain dengan episod pertama itu menceritakan tentang masalah rancangan perkahwinan seorang daripada anak Khan. Jurucakap BBC, bagaimanapun berkata, Citizen Khan telah membuat permulaan yang positif apabila episod pertamanya disaksikan kira-kira 3.6 juta penonton.

"Drama komedi baru selalunya mencetuskan pelbagai reaksi berbeza daripada penonton, tetapi watak dalam drama ini hanya rekaan semata-mata dan tidak mewakili mana-mana masyarakat," kata jurucakap BBC. - AGENSI

Rabu, 29 Ogos 2012

Manusia tertua


Manusia tertua tambah usia lagi


Manusia tertua di dunia, Besse Cooper menyambut ulang tahunnya ke-116, kelmarin bersama keluarga dan rakan-rakannya di rumah kebajikan di sini. Walaupun ahli keluarganya hadir memeriahkan majlis itu, namun menurut anak lelakinya, Sidney Cooper, ibunya 'tidak bersedia' untuk meraikan sambutan secara besar-besaran itu. Ketika ditanya rahsianya mampu hidup lama oleh Guiness Book of Record, Cooper berkata, dia hanya mengambil tahu tentang dirinya dan tidak menjamah makanan ringan. Kenyataannya itu dilihat selari dengan apa yang diperkatakan anak sulungnya bahawa semakin tua ibunya, semakin pandai dia berjenaka.


Sementara itu, Sidney Cooper menyifatkan umur ibunya yang panjang disumbang oleh faktor gaya hidup aktif, sihat dan personalitinya yang berani. ''Dia tidak pernah menjalani pembedahan dalam hidupnya,'' kata Sydney Cooper kepada Georgia Health News mengenai kehebatan ibunya, sambil menambah kata, ibunya sentiasa mengelak makan makanan berlemak dan hanya makan sayur-sayuran. ''Dia 'tidak pernah makan makanan ringan','' katanya, walaupun dia mengaku ibunya suka makan kentang goreng, daging dan telur serta ayam goreng sekali sekala, namun tidak secara berlebihan. - AGENSI  http://715246.blogspot.com/






.

Haiwan cantik


Sedihnya.. Haiwan cantik ini mulai pupus


Dengan bulu berwarna kelabu muda dan telinga seperti anak beruang, tidak hairan mengapa koala Australia disukai ramai. Namun, haiwan herbivor itu kini menghadapi krisis dan bergelut untuk meneruskan hidup di dunia serba moden ketika ini. Sebelum ini, terdapat 10 juta koala di hutan pantai timur Australia, tetapi kini hanya tinggal 2,000 ekor sahaja, sekali gus menyebabkannya disenarai sebagai haiwan yang diancam pupus. Habitat mereka musnah bagi memberi laluan kepada pembesaran pekan dan bandar yang mengundang bahaya kepada haiwan itu.

Bagaimanapun satu kumpulan sukarelawan, termasuk Penyelamat Hidupan Liar Koala Pantai Sunshine dan Pasukan Penyelamat Koala Teluk Moreton berkerja keras untuk menyelamatkan spesies yang terancam itu. Kumpulan itu membuka talian bantuan 24 jam untuk menyelamatkan koala yang cedera. Anak-anak koala yang kehilangan induk pula diambil dan dibela oleh seorang sukarelawan yang telah dilatih menjadi 'ibu angkat', di kediamannya. Namun, selepas haiwan itu besar, ia perlu dilepaskan semula ke hutan secepat mungkin dan beberapa protokol perlu diikut sebelum melepaskannya.
http://715246.blogspot.com/ 


Bagaimanapun bagi koala yang tidak mampu untuk menjaga dirinya sendiri, ia akan dihantar ke Hospital Hidupan Liar Zoo Australia berhampiran Brisbane. Diasaskan oleh bintang televisyen The Crocodile Hunter, Steve Irwin yang maut pada 2006 akibat terkena sengat ikan pari, hospital itu merawat beratus-ratus koala setiap tahun, selain haiwan seperti ular, kanggaru dan keluang. - AGENSI



Biarkan mayat ibunya reput


Biarkan mayat ibunya reput kerana asyik bermain permainan komputer


Seorang lelaki ditangkap kerana didakwa membiarkan ibunya mati selepas mayat wanita itu ditemui reput dan berulat di rumahnya. Isteri lelaki itu menghubungi polis Jumaat lalu apabila mendapati ibu mentuanya yang berusia 53 tahun dan dikenali sebagai Yeh, mati di apartmen mereka di utara Taiwan. Polis yang tiba di kediaman berkenaan menemui mayat berulat itu dan percaya wanita itu mati lebih seminggu lalu. Lelaki berkenaan ditangkap kerana disyaki membiarkan mayat itu begitu saja. Bagaimanapun, belum ada tuduhan dikenakan terhadapnya. Media tempatan berkata, dia menghabaiskan masanya bermain permainan komputer di kafe Internet.


Kes penderaan dan membiarkan warga tua terlantar semakin meningkat di Taiwan sejak beberapa tahun lalu hingga mendorong anggota Parlimen mengusulkan rang undang-undang untuk memenjara golongan dewasa yang gagal menjaga ibu bapa mereka. Menurut bancian terbaru, 10.7 peratus daripada 23 juta penduduk Taiwan terdiri daripada mereka yang berusia 65 tahun atau lebih. Ia mengatasi paras tujuh peratus yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk mendefinisikan sebuah masyarakat sebagai meningkat tua.- AFP


Penggali kubur maut


Penggali kubur maut dalam liang lahad digalinya

Penyanyi Korea Psy Meletop hanya beberapa hari sahaja


(Video) Penyanyi Korea Psy - Pencetus Fenomena Gangnam Style

 Bagaikan ‘virus’ muzik 2012, lagu Gangnam Style kini menular di mana-mana sehinggakan dalam masa beberapa hari saja, jumlah tontonan video lagu berkenaan di YouTube mendadak sehingga lebih 60 juta.  

Namanya tiba-tiba menjadi sebutan satu dunia. Hanya kerana sebuah klip video yang dia muat turun di laman YouTube, siapa sangka video itu mengubah hidup Psy kepada seorang superstar.

Jika di Korea Selatan, kehadirannya di persada seni bagaikan tidak ‘bernyawa’ lantaran fizikalnya yang tidak kacak, berbadan gempal dan hanya jadi bahan gurauan, berlainan pula pandangannya di sebelah Barat.

Kini seluruh dunia menyanjung keberaniannya tampil dengan satu lagu yang benar-benar menepati citarasa kanak-kanak sehingga warga tua. Buktinya, pelbagai versi lagu berkenaan dimuat turun dan boleh ditonton di YouTube gara-gara popularitinya.

Mendengar liriknya, tidak semua akan bersetuju dengan kehebatan lagu berkenaan kerana hampir semuanya menggunakan bahasa Korea. Tetapi, apabila menghayati melodinya, siapa saja pasti bersetuju lagu berkenaan ada ‘kuasa’ tersendiri dan membuatkan sesiapa boleh bergoyang.

Disingkatkan daripada perkataan Psycho, Psy atau nama penuhnya, Jae-Sang Park, 34, ternyata masih tidak percaya yang itu semua berlaku kepadanya sekarang.

“Selama 12 tahun saya berkecimpung dalam arena muzik Korea dan membuat pelbagai tarian ‘bodoh’, namun peminat tidak sekalipun berpaling kepada saya kerana secara visual, saya memang kalah dengan selebriti kacak lain yang ada.

“Saya cuma dikenali di sana kerana saya tidak terlalu mencuba, tidak dipromosikan malah tidak pernah terfikir pun hendak tembus ke luar negara. Semua yang berlaku sekarang pun hanya gara-gara YouTube mahupun twitter dan inilah dia pembuka periuk nasi sebenar saya.

“Tatkala perasan beberapa ‘superstar tweet’ mengenai saya, saya hanya anggap itu jenaka dan tidak pernah berlaku pun. Memang tidak pernah terbayang pun bukan kerana mereka nama besar di dunia, tetapi inilah impian semua orang untuk memijak pasaran terbesar muzik di dunia dengan menempa nama di Amerika Syarikat (AS).

“Sebaik menyedari ini memang realiti yang sedang berlaku, inilah perasaan paling indah dalam hidup ini,” katanya.

Mereka sepenuhnya koreografi dalam klip berkenaan, tidak hairanlah jika ia mampu memukau perhatian penonton kerana elemennya cukup lengkap dengan lawak, tarian pelik, warna-warni selain nyanyian serta ‘rapping’ yang ditonjolkan. Paling mencuit hati apabila gerak tari seolah-olah menunggang kuda menjadi koreografi utama dalam klip berkenaan.

Sehingga ke saat ini, lagu yang dimuatkan dalam album keenamnya berjudul PSY 6 itu sudah menduduki tangga pertama carta muzik video iTunes. Sudah mengadakan pertemuan dengan pengurus Justin Bieber, Scooter Braun minggu lalu, Psy bagaimanapun mengunci mulutnya daripada mendedahkan isi kandungan pertemuan itu.

Meraih kejayaan tepat pada masanya di kala muzik K-Pop semakin mendapat tempat
di AS, jejaka itu yang ternyata tidak bernasib baik kerana gagal meraih ramai peminat di Korea mengakui tidak kisah dengan perkara itu.

“Sudah menjadi ketetapan untuk mereka yang berbadan kurus, berotot, kacak, comel, tinggi dan semua ciri lain yang tidak ada pada saya diagungkan di Korea. Saya pula jenis yang suka menganggap membuat perkara tidak betul adalah semuanya betul saja untuk saya.

“Itulah dia yang saya lalui dan perjuangkan selama ini dan dari segi visual, muzikal serta apa-apalah, memang tidak bersesuaian di sana. Pendek kata, saya tidak mencapai tahap yang mereka mahukan.

“Memanglah perkara itu menunjukkan keunikan diri saya tetapi pada masa sama, ia boleh jadi negatif juga. Sejak kecil lagi, saya suka berada di depan orang ramai walaupun saya bukan bagus pun menyanyi. Jadi, apabila saya mula kenal penyanyi rap, saya terfikir, nyanyian sebegitu pun boleh jadi muzik?” katanya.

Dilahirkan di Korea, Psy mendapat pendidikannya di Boston University and Berklee College of Music. Dia mula melancarkan album pertamanya iaitu PSY from the PSYcho World! pada 2001 dan muziknya banyak dipengaruhi artis seperti Eminem, 2 Pac, Jay-Z dan Dr. Dre.
http://715246.blogspot.com/

Wanita Nyaris Putus Tangan


Gambar Tragis: Wanita Di Klate Nyaris Putus Tangan Ditetak Penyamun!


Kejadian ragut yang bersenjata parangkan.   http://715246.blogspot.com/
Seorang perempuan Melayu hampir putus tangan apabila ditetakdi khalayak ramai oleh dua org peragut di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu berhadapan kedai tudung TURSAB.

Makin menjadi-jadi kejadian jenayah sekarang.
Nak salahkan kerana kelemahan PDRM tak boleh juga, depa dah buat yang terbaik melalui NKRA dimana pelbagai cara telah dilakukan untuk mengurangkan indeks kadar jenayah. http://715246.blogspot.com/

Syahwat 200 Kali Sehari


Santai 18xx: Wanita Capai kepuasan Syahwat 200 Kali Sehari Tanpa Perlu Mengeseks!

New Jersey – Bayangkan bagaimana seorang wanita, yang mempunyai penyakit Persistent Genital Arousal Disorder (PGAD) terpaksa melalui kemuncak kepuasan seks sebanyak 200 kali sehari tanpa melakukan hubungan intim.


Itu yang dialami Kim Ramsey, 44, yang mempunyai penyakit di mana dia akan merasai orgasm tidak kira tempat, sama ada ketika menaiki keretapi, kereta, membuat kerja rumah atau ketika melakukan tugasnya sebagai jururawat.

Keadaan ini menyebabkan dia dalam kesakitan dan tidak mampu menjalin hubungan seperti insan biasa yang lain.

Doktor percaya keadaan itu berlaku selepas Ramsey terjatuh daripada tangga pada 2001.

“Jika wanita lain tertanya-tanya bagaimana untuk mencapai tahap kemuncak dalam hubungan seks, saya pula tertanya-tanya bagaimana untuk menghentikannya,’’ katanya.

Ramsey, yang kini telah berpindah ke New Jersey, mula menyedari perkara itu selepas melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya pada 2008.

“Saya mencapai tahap kepuasan klimaks selama empat hari. Saya ingatkan saya sudah menjadi gila.

“Kami cuba menghentikan dengan pelbagai cara termasuk duduk di atas kacang beku namun ia berterusan dan amat menyakitkan,’’ katanya.

Keadaan ini, katanya membimbangkannya kerana dia sukar melalui kehidupan biasa dan khuatir tidak dapat mengawalnya.

“Saya dapat merasakan yang saya tidak lagi dapat mengawal badan saya, bayangkan jika saya melalui keadaan ini di hadapan orang ramai, tentulah ia amat memalukan.

“Setiap kali naik keretapi, apabila ia bergerak, saya terus mencapai kemuncak syahwat, dan ketika itu saya hanya mampu menggigit bibir serta menggenggam jari saya, dengan harapan tiada orang akan menyaksikannya,’’ katanya.

Menurut Ramsey, ketika ini dia masih mampu melakukan kerja namun tanpa rawatan yang betul, pekerjaaan yang dilakukannya akan menjadi terhad.

Dia dijadual bertemu pakar PGAD di London, bulan depan -
sumber