POPULAR DUNIA HIBURAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 31 Disember 2013

Perhimpunan di dataran merdeka

http://715246.blogspot.com/ Ribuan orang ramai termasuk peserta perhimpunan  berarak menuju ke Dataran Merdeka sebentar tadi, dipercayai bagi menyertai bantahan kenaikan harga barang menjelang sambutan ambang Tahun Baru 2014. - Berita Harian.

http://715246.blogspot.com/
http://715246.blogspot.com/

http://715246.blogspot.com/

Isnin, 30 Disember 2013

HONDA CBR UNTUK DI JUAL

http://715246.blogspot.com/  ADMIN ADA PERMINTAAN UNTUK JUALKAN MOTOR SUPER BIKE NI  HONDA CBR 1000CC TAHUN 2007 DENGAN HARGA 27K UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA PM KAMI CALL & WHATSAPP 0132123063/0176878776/0183718596

Ahad, 29 Disember 2013

kanak-kanak berusia 6 tahun koma

http://715246.blogspot.com/

Budak 6 tahun koma jatuh dari Euro Wheel Pesta Pulau Pinang. Kerajaan negeri harus bertanggungjawab!!


Georgetown:Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun koma selepas terjatuh dari buaian 'Euro Wheel' di tapak pesta di Sungai Nibong, awal pagi tadi.Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kanak-kanak terbabit yang mengikut bapanya berniaga di tapak pesta berkenaan dikatakan menaiki buaian gergasi itu sebelum lampu dan bekalan elektrik dimatikan.Panik dengan keadaan itu, kanak-kanak terbabit dikatakan membuka pintu sebelum dia terjatuh dari ketinggian yang mencecah hampir 30 meter.Berikutan itu, dia mengalami kecederaan organ dalaman dan kini masih koma dan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).



BUDAK enam tahun mengapami kecederaan organ dalaman selepas terjatuh dari ketinggian hampir 30 meter. 
Susulan daripada itu, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 4 pagi tadi.-HM

A.S KATA, KERAJAAN NEGERI SELAKU PIHAK PENGANJUR PESTA HARUS JUGA DIPERTANGGUNGJWABKAN KERANA MEMBIARKAN OPERASI TEMPAT INI MELEWATI 12 TENGAH MALAM. PIHAK BERKUASA TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG IAITU PIHAK YANG MENGELUARKAN LESEN HIBURAN JUGA SEHARUSNYA DIPERTANGGUNGJAWABKAN ATAS INSIDEN INI .http://715246.blogspot.com/ 

Mayat pelajar Universiti singapura di temui

http://715246.blogspot.com/  KUALA KRAI - Mayat pelajar Universiti Kebangsaan Singapura yang hilang selepas tergelincir dari tebing Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai, malam tadi, ditemui pasukan penyelamat hari ini.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli Penolong Penguasa Bomba Soleh Nasir berkata pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat Lee Jun Jie, 23, pada 9.50 pagi di dalam sebuah lubuk di kawasan Air Terjun Stong, kira-kira 100 meter dari Kem Baha yang dijadikan tempat perkhemahan mangsa bersama 22 lagi rakannya.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat, katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Dalam kejadian itu, Lee, yang sedang melihat pemandangan waktu senja semasa berhenti untuk berkhemah di Kem Baha, tergelincir dari tebing disebabkan keadaan tanah yang licin akibat musim hujan lalu terjatuh ke dalam Air Terjun Stong.
Mangsa bersama rakan-rakannya tiba di Dabong, Kuala Krai petang semalam dengan menaiki kereta api, dan mendaki Gunung Stong untuk berkhemah di situ.
Lapan belas anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Jeli dan Kuala Krai serta polis (10), Jabatan Pertahanan Awam (7), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (7) dan Renjer Hutan (3) terlibat dalam operasi mencari mangsa.
Gunung Stong mempunyai ketinggian 1,422 meter dan Air Terjun Jelawang yang terletak di gunung tersebut merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara.
Kem Baha terletak kira-kira 400 meter dari kaki Gunung Stong merupakan kem pertama yang perlu disinggahi pendaki sebelum meneruskan pendakian ke Puncak Ayam yang terletak di Gunung Stong. - Bernama  http://715246.blogspot.com/  


Sabtu, 28 Disember 2013

Ambang Tahun Baru Diteruskan

http://715246.blogspot.com/ 
Kenyataan Media
29 Disember 2013

PDRM Atau Sesiapa Jangan Alih Isu Kenaikan Kos Sara Hidup, Protes Rakyat Ambang Tahun Baru Diteruskan!

Merujuk kepada sidang media pihak polis yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Wilayah, Datuk Amar Singh Ishar Singh, dengan ini Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) rakam rasa terkejut dan mengecam tuduhan yang mengaitkan che'GuBard dan SAMM kononnya menganjurkan himpunan untuk guling kerajaan pada 31 Disember nanti. Tuduhan tersebut lebih jijik lagi apabila disambung dengan propaganda jahat iaitu perancangan mengebom dan sebagainya.
SAMM menjelaskan dengan tegas beberapa perkara adalah seperti berikut;
1. Rakyat terhimpit dengan kenaikan kos hidup, ini berkait rapat dengan kegagalan pemerintah yang mungkir janji PRU tujuh bulan yang lalu. Janji BN untuk turunkan bayaran tol secara berperingkat dan kurangkan bebanan rakyat, namun BN terus umum naik kenaikan berantai parah dari petrol, gas, gula, elektrik dan lain-lain.
2. Maka muncul cadangan untuk rakyat turun ke Dataran Merdeka menunjukkan protes terhadap kenaikan kos sara hidup. Cadangan ini bermula dengan persetujuan yang diolah ribuan anak muda melalui media sosial facebook.
3. Ekoran itu beberapa NGO seperti SAMM menyambut baik persetujuan yang diolah secara organik ini dengan menyusun promosi untuk protes 31 Disember dan seumpamanya, malah satu panitia dari kalangan rakyat ditubuhkan.
4. Namun pemerintah yang menganggap kebangkitan kesedaran rakyat sebagai tekanan telah memulakan propaganda dengan memunculkan persepsi jahat terhadap himpunan protes kenaikan kos hidup sebagai 'himpunan guling kerajaan'. Maka media arus perdana digunakan sepenuhnya bagi mengalih isu dari kenaikan kos sara hidup kepada guling kerajaan.
5. SAMM antara yang bersetuju dengan hak rakyat berhimpun telah berkali-kali menegaskan melalui kenyataan persendirian dan kenyataan bersama, bahawa himpunan ini cuma himpunan protes rakyat secara aman bagi menyatakan protes kenaikan kos sara hidup, bukan untuk guling kerajaan apatah lagi berbentuk keganasan.
6. Tidak dinafikan banyak juga pihak termakan propaganda dan dakyah jahat yang mengaitkan himpunan malam tahun baru nanti dengan keganasan menggulingkan kerajaan. Cuma tidak dapat dipastikan samada PDRM merupakan pihak yang terpedaya dengan propaganda jahat tersebut atau sendiri terlibat menjayakan propaganda jahat.
7. Kemuncaknya semalam, Datuk Amar Singh Ishar Singh telah buat sidang media seolah-olah ada maklumat gempar, seperti menjadi lidah kepada propaganda jahat tersebut apabila menyebut nama beberapa individu dan beberapa organisasi termasuk nama che'GuBard dan gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia sebagai terlibat anjur himpunan guling kerajaan pada malam tahun baru, dikaitkan pula konon punya simpanan bom tangan dan sebagainya.
Datuk Amar Singh Ishar Singh kononnya ada maklumat dan sumber mengenai tuduhan itu. Namun pendedahan menjadi 'lawak' apabila dia umum himpunan guling kerajaan oleh NGO-NGO kecil ini hanya ratusan dijangka hadir. che'GuBard kasihan dengan Datuk Amar Singh Ishar Singh, seorang pegawai polis kanan sanggup kelihatan begitu bodoh apabila menjadi alat aparat dakyah regim.
8. Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Datuk Amar Singh Ishar Singh dan permohonan maaf dituntut. Dia harus dedah apa sumber dia, dan dedah bukti gred A sekiranya ada. Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan semua media jahat yang menjadi lidah penyambung fitnah tersebut. Isnin ini (30 Disember), che'GuBard dan SAMM akan menghantar notis undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan media-media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta ke atasnya.
10. Mohon semua bertenang dan jangan terkesan dengan pengalihan isu. Acara protes kenaikan kos hidup tetap akan berlangsung kerana mana mungkin SAMM batalkan sedangkan kami bukan penganjur. Himpunan protes ambang tahun baru ini dianjurkan oleh rakyat untuk perjuang nasib sendiri.
Semua harus datang secara aman, jika ada yang membawa senjata dan membuat provokasi menghasut keganasan, ia akan dikenalpasti sebagai agen jahat maka rakyat sendiri akan tangkap dan serah kepada polis. Polis juga sudah tentu tidak mahu menandakan permulahan tahun baru ini dgn titik hitam hubungan polis dan rakyat.
Ayuh, kita datang hanya bersenjatakan banner, poster dan laungan. kita jumpa di Dataran Merdeka nanti.
Sekian,      http://715246.blogspot.com/



Tablet Samsung Terbaru

http://715246.blogspot.com/

 Tablet Samsung Terbaru Dalam Proses Pembinaan Federal Communications Commission (FCC) adalah agensi di Amerika Syarikat yang mempunyai fungsi seakan-akan SKMM yang terdapat di Malaysia. FCC selalu sahaja akan mendedahkan peranti terbaru yang didaftarkan di bawah mereka bagi membuat penyiasatan terperinci tentang wifi, bluetooth dan sebagainya selamat digunakan oleh pengguna. Terbaru, FCC telah mendedahkan Samsung Tablet terbaru di mana mempunyai saiz di antara 8 hingga 9 inci.


Dalam lakaran gambar di bawah, Samsung nampaknya memberikan prototaip peranti tablet ini kepada FCC dan mereka akan memastikan prototaip ini berfungsi dari segi wifi dan Bluetooth. Setakat ini, tiada gambar prototaip yang berjaya didapati namun peminat Samsung perlu menunggu dalam tempoh masa yang lama memandangkan ia masih dalam proses pembinaan.


Neelofa Ditangkap Khalwat

http://715246.blogspot.com/   

Panas : Neelofa Kecewa Isu Dirinya Ditangkap Khalwat  Isu khalwat: Neelofa Kecewa, Jangan Sebar Fitnah | PELAKON popular, Noor Neelofa Mohd.Noor atau dikenali sebagai Neelofa melahirkan rasa kecewa di atas dakwaan yang dilemparkan kepadanya hari ini .Menurut Neelofa, sekiranya betul dakwaan yang diperkatakan itu, semestinya beliau masih berada di Malaysia untuk menyelesaikan kes khalwat tersebut.


"Sejujurnya saya sendiri tidak tahu menahu tentang hal ini sehingga ianya tersebar dan jika benar saya ditangkap khalwat, pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini.
"Sekarang saya berada diluar negara untuk meneruskan pengajian saya dan berharap orang yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel tersebut," katanya menerusi laman Twitter.
Pengacara itu turut mengharapkan agar pihak media menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat artikel sekeras ini.
Ini kerana menurut Neelofa, artikel tersebut mampu menjatuhkan maruah dan kredibiliti sebagai seorang artis.
"Harap pihak wartawan berusaha untuk mendapat maklumat yang betuk sekurang-kurangnya tanya pihak berkuasa, Jabatan agama dan pihak polis terlebih dahulu sebelum membuat artikel ini.
"Artikel ini tidak masuk akal dan ia boleh menjatuhkan imej dan kredibilit artis.
"Dan kalau benar ia berlaku sebetulnya dalam isi undang-undang Malaysia dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan juga surat Jabatan Agama Islam berserta saksi," katanya.
Dalam laporan tempatan hari ini, Neelofa didakwa telah ditangkap khalwat malam kelmarin.http://715246.blogspot.com/