kanak-kanak berusia 6 tahun koma
http://715246.blogspot.com/
Budak 6 tahun koma jatuh dari Euro Wheel Pesta Pulau Pinang. Kerajaan negeri harus bertanggungjawab!!
Georgetown:Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun koma selepas terjatuh dari buaian 'Euro Wheel' di tapak pesta di Sungai Nibong, awal pagi tadi.Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kanak-kanak terbabit yang mengikut bapanya berniaga di tapak pesta berkenaan dikatakan menaiki buaian gergasi itu sebelum lampu dan bekalan elektrik dimatikan.Panik dengan keadaan itu, kanak-kanak terbabit dikatakan membuka pintu sebelum dia terjatuh dari ketinggian yang mencecah hampir 30 meter.Berikutan itu, dia mengalami kecederaan organ dalaman dan kini masih koma dan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).
BUDAK enam tahun mengapami kecederaan organ dalaman selepas terjatuh dari ketinggian hampir 30 meter.
Susulan daripada itu, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 4 pagi tadi.-HM
A.S KATA, KERAJAAN NEGERI SELAKU PIHAK PENGANJUR PESTA HARUS JUGA DIPERTANGGUNGJWABKAN KERANA MEMBIARKAN OPERASI TEMPAT INI MELEWATI 12 TENGAH MALAM. PIHAK BERKUASA TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG IAITU PIHAK YANG MENGELUARKAN LESEN HIBURAN JUGA SEHARUSNYA DIPERTANGGUNGJAWABKAN ATAS INSIDEN INI .http://715246.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan