Nama : Mohammad Faizal Diran, 40, Bandar Sg Buaya, Rawang, Selangor.
Satu peringatan yang telah banyak kali saya ulas di dalam ondscene – laluan/lorong kecemasan adalah untuk kenderaan yang berada dalam keadaan statik/tidak bergerak seperti mengalami kerosakan. http://79062210.blogspot.com/
Di waktu kecemasan, ia digunakan oleh kenderaan seperti polis, ambulan dan jentera bomba jika berlaku kemalangan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengingatkan – pemandu yang didapati menggunakan laluan kecemasan tanpa sebab di lebuh raya di seluruh negara akan dikenakan denda maksimum RM300.
Hari ini, Ops Selamat 5/2014 Sempena Aidilfitri bermula.
Apabila berlaku kemalangan di laluan kecemasan, pelbagai faktor dapat disimpulkan mengapa ia berlaku.
Kecuaian, faktor jalan yang tidak mesra pengguna dan juga sikap biadap pemandu yang mengambil jalan mudah untuk potong ‘Q’ antara punca mengapa kemalangan berlaku di laluan ini.
Dan, bukan semudah itu ‘meletakkan’ kenderaan di laluan kecemasan – mesti ada penanda seperti segitiga kecemasan atau kon pada jarak tertentu – untuk memberi isyarat kepada pengguna jalanraya yang lain.
Bagi penunggang, biasanya ‘kelonggaran’ menggunakan laluan kecemasan di lebuhraya adalah atas budi bicara, tetapi jika berlaku kemalangan akibat menggunakannya, maka ia sudah menjadi kes.
Dalam kejadian ini, penunggang, Mohammad Faizal Diran, 40 menunggang motosikal SYMnya di laluan kecemasan di laluan Bayangan Maut ini.
Di hadapannya, sebuah kereta rosak berada di laluan kecemasan, dan sebuah pacuan 4 roda Polis Bantuan Plus Ronda sampai untuk memberikan bantuan.
Kejadian pula berlaku berhampiran/bawah laluan bertingkat di sebelah atas menyebabkan dalam keadaan tertentu, kenderaan yang berada di bawah, seolah ‘tidak nampak’ akibat dari faktor pencahayaan.
Malang bagi Mohammad Faizal, berkemungkinan mangsa tidak menyedari/faktor pencahayaan, tidak menyedari ‘objek’ di hadapannya.
Maka berlakulah rempuhan – SYM nya merempuh belakang pacuan 4 roda Plus Ronda, menyebabkan mangsa cedera parah dan maut di tempat kejadian.
Mohammad Faizal, seorang juruelektrik, dalam perjalanan pulang ke rumah di Sg Buaya, meninggalkan isteri dan 5 anak.
Mayat dihantar ke Hospital Sg Buloh untuk bedah siasat.
Polis sedang menyiasat punca sebenar kejadian dan mengambil keterangan kakitangan yang bertugas ketika kes ini berlaku.
Apa yang pasti, walau siapa pun kita, berada / menunggang / memandu di lorong kecemasan sebenarnya lebih merbahaya berbanding di laluan paling kiri.
Oleh itu,berhati-hatilah -http://79062210.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan