POPULAR DUNIA HIBURAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 31 Disember 2013

Perhimpunan di dataran merdeka

http://715246.blogspot.com/ Ribuan orang ramai termasuk peserta perhimpunan  berarak menuju ke Dataran Merdeka sebentar tadi, dipercayai bagi menyertai bantahan kenaikan harga barang menjelang sambutan ambang Tahun Baru 2014. - Berita Harian.

http://715246.blogspot.com/
http://715246.blogspot.com/

http://715246.blogspot.com/

Isnin, 30 Disember 2013

HONDA CBR UNTUK DI JUAL

http://715246.blogspot.com/  ADMIN ADA PERMINTAAN UNTUK JUALKAN MOTOR SUPER BIKE NI  HONDA CBR 1000CC TAHUN 2007 DENGAN HARGA 27K UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA PM KAMI CALL & WHATSAPP 0132123063/0176878776/0183718596

Ahad, 29 Disember 2013

kanak-kanak berusia 6 tahun koma

http://715246.blogspot.com/

Budak 6 tahun koma jatuh dari Euro Wheel Pesta Pulau Pinang. Kerajaan negeri harus bertanggungjawab!!


Georgetown:Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun koma selepas terjatuh dari buaian 'Euro Wheel' di tapak pesta di Sungai Nibong, awal pagi tadi.Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kanak-kanak terbabit yang mengikut bapanya berniaga di tapak pesta berkenaan dikatakan menaiki buaian gergasi itu sebelum lampu dan bekalan elektrik dimatikan.Panik dengan keadaan itu, kanak-kanak terbabit dikatakan membuka pintu sebelum dia terjatuh dari ketinggian yang mencecah hampir 30 meter.Berikutan itu, dia mengalami kecederaan organ dalaman dan kini masih koma dan dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).



BUDAK enam tahun mengapami kecederaan organ dalaman selepas terjatuh dari ketinggian hampir 30 meter. 
Susulan daripada itu, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 4 pagi tadi.-HM

A.S KATA, KERAJAAN NEGERI SELAKU PIHAK PENGANJUR PESTA HARUS JUGA DIPERTANGGUNGJWABKAN KERANA MEMBIARKAN OPERASI TEMPAT INI MELEWATI 12 TENGAH MALAM. PIHAK BERKUASA TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG IAITU PIHAK YANG MENGELUARKAN LESEN HIBURAN JUGA SEHARUSNYA DIPERTANGGUNGJAWABKAN ATAS INSIDEN INI .http://715246.blogspot.com/ 

Mayat pelajar Universiti singapura di temui

http://715246.blogspot.com/  KUALA KRAI - Mayat pelajar Universiti Kebangsaan Singapura yang hilang selepas tergelincir dari tebing Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai, malam tadi, ditemui pasukan penyelamat hari ini.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli Penolong Penguasa Bomba Soleh Nasir berkata pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat Lee Jun Jie, 23, pada 9.50 pagi di dalam sebuah lubuk di kawasan Air Terjun Stong, kira-kira 100 meter dari Kem Baha yang dijadikan tempat perkhemahan mangsa bersama 22 lagi rakannya.
Mayat dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat, katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Dalam kejadian itu, Lee, yang sedang melihat pemandangan waktu senja semasa berhenti untuk berkhemah di Kem Baha, tergelincir dari tebing disebabkan keadaan tanah yang licin akibat musim hujan lalu terjatuh ke dalam Air Terjun Stong.
Mangsa bersama rakan-rakannya tiba di Dabong, Kuala Krai petang semalam dengan menaiki kereta api, dan mendaki Gunung Stong untuk berkhemah di situ.
Lapan belas anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Jeli dan Kuala Krai serta polis (10), Jabatan Pertahanan Awam (7), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (7) dan Renjer Hutan (3) terlibat dalam operasi mencari mangsa.
Gunung Stong mempunyai ketinggian 1,422 meter dan Air Terjun Jelawang yang terletak di gunung tersebut merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara.
Kem Baha terletak kira-kira 400 meter dari kaki Gunung Stong merupakan kem pertama yang perlu disinggahi pendaki sebelum meneruskan pendakian ke Puncak Ayam yang terletak di Gunung Stong. - Bernama  http://715246.blogspot.com/  


Sabtu, 28 Disember 2013

Ambang Tahun Baru Diteruskan

http://715246.blogspot.com/ 
Kenyataan Media
29 Disember 2013

PDRM Atau Sesiapa Jangan Alih Isu Kenaikan Kos Sara Hidup, Protes Rakyat Ambang Tahun Baru Diteruskan!

Merujuk kepada sidang media pihak polis yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Wilayah, Datuk Amar Singh Ishar Singh, dengan ini Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) rakam rasa terkejut dan mengecam tuduhan yang mengaitkan che'GuBard dan SAMM kononnya menganjurkan himpunan untuk guling kerajaan pada 31 Disember nanti. Tuduhan tersebut lebih jijik lagi apabila disambung dengan propaganda jahat iaitu perancangan mengebom dan sebagainya.
SAMM menjelaskan dengan tegas beberapa perkara adalah seperti berikut;
1. Rakyat terhimpit dengan kenaikan kos hidup, ini berkait rapat dengan kegagalan pemerintah yang mungkir janji PRU tujuh bulan yang lalu. Janji BN untuk turunkan bayaran tol secara berperingkat dan kurangkan bebanan rakyat, namun BN terus umum naik kenaikan berantai parah dari petrol, gas, gula, elektrik dan lain-lain.
2. Maka muncul cadangan untuk rakyat turun ke Dataran Merdeka menunjukkan protes terhadap kenaikan kos sara hidup. Cadangan ini bermula dengan persetujuan yang diolah ribuan anak muda melalui media sosial facebook.
3. Ekoran itu beberapa NGO seperti SAMM menyambut baik persetujuan yang diolah secara organik ini dengan menyusun promosi untuk protes 31 Disember dan seumpamanya, malah satu panitia dari kalangan rakyat ditubuhkan.
4. Namun pemerintah yang menganggap kebangkitan kesedaran rakyat sebagai tekanan telah memulakan propaganda dengan memunculkan persepsi jahat terhadap himpunan protes kenaikan kos hidup sebagai 'himpunan guling kerajaan'. Maka media arus perdana digunakan sepenuhnya bagi mengalih isu dari kenaikan kos sara hidup kepada guling kerajaan.
5. SAMM antara yang bersetuju dengan hak rakyat berhimpun telah berkali-kali menegaskan melalui kenyataan persendirian dan kenyataan bersama, bahawa himpunan ini cuma himpunan protes rakyat secara aman bagi menyatakan protes kenaikan kos sara hidup, bukan untuk guling kerajaan apatah lagi berbentuk keganasan.
6. Tidak dinafikan banyak juga pihak termakan propaganda dan dakyah jahat yang mengaitkan himpunan malam tahun baru nanti dengan keganasan menggulingkan kerajaan. Cuma tidak dapat dipastikan samada PDRM merupakan pihak yang terpedaya dengan propaganda jahat tersebut atau sendiri terlibat menjayakan propaganda jahat.
7. Kemuncaknya semalam, Datuk Amar Singh Ishar Singh telah buat sidang media seolah-olah ada maklumat gempar, seperti menjadi lidah kepada propaganda jahat tersebut apabila menyebut nama beberapa individu dan beberapa organisasi termasuk nama che'GuBard dan gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia sebagai terlibat anjur himpunan guling kerajaan pada malam tahun baru, dikaitkan pula konon punya simpanan bom tangan dan sebagainya.
Datuk Amar Singh Ishar Singh kononnya ada maklumat dan sumber mengenai tuduhan itu. Namun pendedahan menjadi 'lawak' apabila dia umum himpunan guling kerajaan oleh NGO-NGO kecil ini hanya ratusan dijangka hadir. che'GuBard kasihan dengan Datuk Amar Singh Ishar Singh, seorang pegawai polis kanan sanggup kelihatan begitu bodoh apabila menjadi alat aparat dakyah regim.
8. Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Datuk Amar Singh Ishar Singh dan permohonan maaf dituntut. Dia harus dedah apa sumber dia, dan dedah bukti gred A sekiranya ada. Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan semua media jahat yang menjadi lidah penyambung fitnah tersebut. Isnin ini (30 Disember), che'GuBard dan SAMM akan menghantar notis undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan media-media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta ke atasnya.
10. Mohon semua bertenang dan jangan terkesan dengan pengalihan isu. Acara protes kenaikan kos hidup tetap akan berlangsung kerana mana mungkin SAMM batalkan sedangkan kami bukan penganjur. Himpunan protes ambang tahun baru ini dianjurkan oleh rakyat untuk perjuang nasib sendiri.
Semua harus datang secara aman, jika ada yang membawa senjata dan membuat provokasi menghasut keganasan, ia akan dikenalpasti sebagai agen jahat maka rakyat sendiri akan tangkap dan serah kepada polis. Polis juga sudah tentu tidak mahu menandakan permulahan tahun baru ini dgn titik hitam hubungan polis dan rakyat.
Ayuh, kita datang hanya bersenjatakan banner, poster dan laungan. kita jumpa di Dataran Merdeka nanti.
Sekian,      http://715246.blogspot.com/



Tablet Samsung Terbaru

http://715246.blogspot.com/

 Tablet Samsung Terbaru Dalam Proses Pembinaan Federal Communications Commission (FCC) adalah agensi di Amerika Syarikat yang mempunyai fungsi seakan-akan SKMM yang terdapat di Malaysia. FCC selalu sahaja akan mendedahkan peranti terbaru yang didaftarkan di bawah mereka bagi membuat penyiasatan terperinci tentang wifi, bluetooth dan sebagainya selamat digunakan oleh pengguna. Terbaru, FCC telah mendedahkan Samsung Tablet terbaru di mana mempunyai saiz di antara 8 hingga 9 inci.


Dalam lakaran gambar di bawah, Samsung nampaknya memberikan prototaip peranti tablet ini kepada FCC dan mereka akan memastikan prototaip ini berfungsi dari segi wifi dan Bluetooth. Setakat ini, tiada gambar prototaip yang berjaya didapati namun peminat Samsung perlu menunggu dalam tempoh masa yang lama memandangkan ia masih dalam proses pembinaan.


Neelofa Ditangkap Khalwat

http://715246.blogspot.com/   

Panas : Neelofa Kecewa Isu Dirinya Ditangkap Khalwat  Isu khalwat: Neelofa Kecewa, Jangan Sebar Fitnah | PELAKON popular, Noor Neelofa Mohd.Noor atau dikenali sebagai Neelofa melahirkan rasa kecewa di atas dakwaan yang dilemparkan kepadanya hari ini .Menurut Neelofa, sekiranya betul dakwaan yang diperkatakan itu, semestinya beliau masih berada di Malaysia untuk menyelesaikan kes khalwat tersebut.


"Sejujurnya saya sendiri tidak tahu menahu tentang hal ini sehingga ianya tersebar dan jika benar saya ditangkap khalwat, pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini.
"Sekarang saya berada diluar negara untuk meneruskan pengajian saya dan berharap orang yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel tersebut," katanya menerusi laman Twitter.
Pengacara itu turut mengharapkan agar pihak media menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat artikel sekeras ini.
Ini kerana menurut Neelofa, artikel tersebut mampu menjatuhkan maruah dan kredibiliti sebagai seorang artis.
"Harap pihak wartawan berusaha untuk mendapat maklumat yang betuk sekurang-kurangnya tanya pihak berkuasa, Jabatan agama dan pihak polis terlebih dahulu sebelum membuat artikel ini.
"Artikel ini tidak masuk akal dan ia boleh menjatuhkan imej dan kredibilit artis.
"Dan kalau benar ia berlaku sebetulnya dalam isi undang-undang Malaysia dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan juga surat Jabatan Agama Islam berserta saksi," katanya.
Dalam laporan tempatan hari ini, Neelofa didakwa telah ditangkap khalwat malam kelmarin.http://715246.blogspot.com/

Emma Maembong Mangsa Penyeluk Saku

http://715246.blogspot.com/  

Emma Maembong Rugi RM5,000 Jadi Mangsa Penyeluk Saku  


emma maembong diseluk saku

Kejadian ini terjadi ketika Emma Maembong membelek-belek pakaian di sebuah kedai di Lot 10. Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam. Bahu Emma Maembong telah dilanggar oleh seorang lelaki yang kemudiannya terus meluru keluar. Cerita Emma Maembong:-Saya tidak dapat mengecamnya kerana kejadian berlaku begitu pantas. Tidak lama kemudian saya dapati beg duit dan telefon bimbit jenis iPhone yang disimpan di dalam poket baju lesap.Di dalam beg itu mengandungi wang RM2,000, kad kredit dan MyKad saya. Selepas kejadian ini, saya akan lebih erhati-hati. http://715246.blogspot.com/

MUJAHID & MUJAHIDAH

http://715246.blogspot.com/ Semoga Roh Mereka Dicucuri Rahmat Ilahi...Mohon pada semua sahabat-sahabatku tersayang... bacalah kisah SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR dari blog tersebut. Diriku sendiri memperakui bahawa aku sendiri tak sekuat beliau.Imanku tak sehebat beliau... Allah hu Rabbi.. semoga roh mereka sentiasa di cucuri rahmat dari-Nya

Bagi saya, telah muncul dua insan MUJAHID & MUJAHIDAH yang boleh dijadikan tauladan sebagai penghembus ruhhul jadid kepada hati-hati GENERASI AL-FATEH untuk sama-sama berjihad fisabilillah..
Al-Fatihah buat mereka

BANGKITLAH WAHAI REMAJA!!

Selanjutnya kisah mereka di 
Al-Fatihah buat mereka
BANGKITLAH WAHAI REMAJA!!
Selanjutnya kisah mereka di   https://www.facebook.com/pages/Metro-maxx/408791102515557?ref=hl

polis menghentak kepala dengan pistol

http://715246.blogspot.com/  "SEREMBAN – Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang menghentak kepala seorang pekerja hotel dengan pistol hanya kerana salah faham mengenai pemulangan baki wang pembelian ais krim ditahan kelmarin.


Kejadian pukul 2.50 pagi di sebuah hotel bajet di Seremban 2 itu berlaku apabila pegawai berusia 32 tahun tersebut datang bersama tiga rakannya untuk menginap di hotel tersebut.

Ketika hendak mendaftar masuk hotel, pegawai terbabit dikatakan bertengkar dengan dua pekerja hotel kerana salah faham di kaunter lobi. Kejadian itu dirakamkan selama 10 minit menerusi kamera rakaman litar tertutup (CCTV) hotel.

Menurut laporan polis yang dibuat mangsa, akibat tidak berpuas hati, pegawai terbabit bertindak memanjat kaunter lobi lalu menunjukkan pistol sebelum menghentak kepalanya dengan belakang pistol selepas berang dengan ugutan mangsa yang ingin membuat laporan polis.

Selain kepala, hentakan itu turut mengenai telinga mangsa.

Suspek kemudian ditahan selepas dua anggota polis yang menaiki sebuah kereta peronda tiba. Mangsa turut dihantar ke hospital oleh polis. – Kosmo"

http://715246.blogspot.com/ https://www.facebook.com/pages/Metro-maxx/408791102515557?ref=hl

Jumaat, 27 Disember 2013

GEMPAR! Kes Bunuh Diri

http://715246.blogspot.com/ 

GEMPAR! Kes Bunuh Diri Terbaru di Berjaya Times Square  JALAN IMBI  - Sorang lelaki berusia 21 tahun maut kerana terjun daripada tingkat 9 di pusat beli-belah Berjaya Times Square, di Jalan Imbi, di sini, kira-kira 7 petang semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan di kepala & badan disahkan maut ditempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan & memberitahu kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.


JUSTIN BIEBER DENGAN STYAILONYA

http://715246.blogspot.com/   Justin Bieber Dengan Seluar Yang Luar Biasa Besar Justin Bieber Dengan Seluar Yang Luar Biasa Besar.
Semasa raptai untuk AMA 2012, Justin Bieber tampil dengan seluar yang luar biasa besar. Entah kenapa dia pakai seluar tu yang mana macam seluar pompuan. 


Stacy Angie Terbuka Hati Peluk Islam

http://715246.blogspot.com/   

Alhamdulillah. Stacy Angie Terbuka Hati Peluk Islam  Alhamdulillah. Stacy Angie Terbuka Hati Peluk Islam | Penyanyi Stacy memberitahu hatinya telah terbuka untuk memeluk agama Islam tanpa bantahan keluarga. Stacy atau nama sebenarnya, Stracie Angie Anam, 23, berkata, perasaan itu timbul tanpa paksaan mana-mana pihak dan mengakui ajaran Islam mudah difahami selain pergaulannya lebih banyak di kalangan mereka yang menganut agama berkenaan.


“Dulu semasa di kampung pergaulan saya terhad dan komuniti di sana kebanyakannya penganut Kristian dan apabila berpindah ke Kuala Lumpur saya lebih banyak didedahkan dengan masyarakat Islam. “Dari situlah hati saya terbuka untuk mengetahui mengenai agama ini,” katanya selepas pelancaran single berjudul Hello duet bersama kumpulan SM*SH yang diadakan di Auditorium Bently Music di sini, Jumaat. Turut hadir Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, Darren Choy.
Stacy yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah berkata, hasrat memeluk Islam tidak langsung didorong oleh penyanyi Akim Ahmad yang dikaitkan sebagai kekasihnya ketika ini ataupun semata-mata mahu berkahwin dengan pemuda itu. Bagaimanapun dia tidak menafikan Akim banyak mengajar dan memberi kefahaman tentang Islam setiap kali mereka berjumpa.
“Soal agama bukan perkara main-main dan saya sangat menghormati agama lain termasuk Islam dan sebab itu jika saya ingin menjadi seorang Muslim bukan hanya kerana cinta atau mahu berkahwin dengan seseorang sebaliknya ia perlu datang dari hati yang ikhlas,” katanya. Sementara itu, bercakap mengenai kolaborasinya dengan kumpulan SM*SH dari Indonesia Stacy berkata, ia adalah peluang cukup besar untuk dia memperkenalkan namanya di negara itu.http://715246.blogspot.com/   


Lagi Bayi Lahir Dengan 'Ekor

http://715246.blogspot.com/   

 Lagi Bayi Lahir Dengan 'Ekor' Di China (5 Gambar)  Lagi Bayi Lahir Dengan 'Ekor' Di China.

Budak ini kini berusi 4 bulan dan dia mempunyai 'ekor' sepanjang 6cm. Sebelum dah terdapat lebih dari 4 kes yang sama di China sahaja. Kini ahli keluarga budak ini ingin 'ekor' ini dibuang dengan serta merta. 





LEBUHRAYA TENGGELAM TIMBUL

http://715246.blogspot.com/ 

AL SHARQ : LEBUHRAYA TENGGELAM TIMBUL DI DOHA (12 GAMBAR) Qatar akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022. Bagi memastikan tiada masalah kesesakan lalu lintas, kerajaan Qatar akan membina lebuhraya Al Sharq merentasi Teluk Doha. Lebuhraya ini unik kerana ianya tenggelam dan timbul di permukaan laut. Lebuhraya sepanjang 9.7 kilometer ini akan menjadi jalan pintar bagi mereka yang mahu memandu dari bahagian utara ke selatan Doha. Dengan melalui lebuhraya ini mereka dapat mengelakkan kesesakan pusat bandar Doha. Di atas beberapa jambatan lebuhraya ini juga akan dibina taman yang boleh digunakan oleh pemandu kenderaan untyk berehat di tengah-tengah laut. Coolness! Ini mengingatkan kami kepada cadangan membina kawasan rehat dan rawat di atas jambatan Pulau Pinang kedua yang dibatalkan pembinaannya. 



Mumia Berusia 700

http://715246.blogspot.com/  

GEMPAR : Mumia Berusia 700 Tahun Dijumpai Masih Sempurna Inilah penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan terungkap ketika pekerjaan membina jalan di China bagian Timur baru baru ini.Yang luar biasa adalah keadaan tubuh mumia masih utuh. Dianggarkan, perempuan ini adalah berpangkat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di bandar Taizhou, Provinsi Jiangsu. Ahli arkeologi China terkejut bagaimana keadaan kulit, rambut, kening, dan wajah mumia perempuan ini. Seakan-akan perempuan ini baru meninggal beberapa tahun lalu. Ia mengenakan pakaian dari sutera yang masih terawat. Mumia ditemui di dalam keranda batu di kedalaman dua meter dari permukaan tanah.Apa yang ia kenakan dan bagaimana keadaan dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu China. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, boleh dikatakan keadaan mumia ini sangat lengkap dan baik.  http://715246.blogspot.com/


JOHAN ASARI ANGGAP LANA KAWAN

http://715246.blogspot.com/  Terkini : Johan As’ari Tidak Letak Status Kekasih, Hanya Anggap Lana Kawan   Agak terkesima juga mendengar kenyataan pelakon Johan As’ari kali ini. Kalau sebelum ini dia mencanangkan satu Malaysia sudah melamar pelakon Lana Nordin sebagai isteri tetapi kali ini lain pula yang keluar dari mulut Johan. Kalau Lana baca, sudah pasti sesuatu yang sangat pedih untuk ditelan.




Setelah hampir sebulan lebih menjalinkan hubungan Johan nekad memutuskan perhubungannya dengan Lana ekoran perhubungan itu tidak mendapat restu daripada keluarganya. Menurut Johan, dia tidak pernah meletakkan status kekasih pada Lana dan menganggap hubungan itu hanya sekadar kawan biasa.

“Sebagai seorang pelakon yang berkecimpung dalam industri ini, saya mempunyai ramai kawan. Ada yang saya anggap sebagai teman biasa dan ada juga yang rapat dengan saya. Kenalan yang rapat bukan bermakna hubungan kami lebih daripada itu. “Selama ini, saya tidak meletakkan sebarang taraf ketika berkawan dengan Lana. Apa yang pasti sekarang, status saya dan Lana hanya kawan biasa sahaja. “Apa yang saya boleh katakan juga kini, soal masa depan dan hubungan cinta, saya serahkan semuanya pada takdir Allah. Semua keputusan terletak ditangan-Nya,” ujar Johan As’ari.

Dalam pada itu juga, Johan turut menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa dirinya mencari publisiti murahan dengan membuat kontroversi sebegitu

Pengurus Nafi Neelofa Kena Tangkap Khalwat Kelmarin

http://715246.blogspot.com/     

Pengurus Noor Neelofa Mohd. Noor atau Neelofa, Mohd. Amer Shafiq Khalip menafikan sekeras-kerasnya tentang berita pelakon berkenaan telah ditangkap khalwat malam kelmarin.
Amer berkata, pada malam pelakon tersebut dikatakan ditangkap khalwat, dia menemani Neelofa hadir ke majlis pelancaran Galaxy Mobile App di sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur.
Developing…

http://715246.blogspot.com/   

Ikan Paus Terdampar


http://715246.blogspot.com/ Ikan Paus Mendarat Di Pantai Sabah


Usaha Bebas Ikan Paus Terdampar Di Pantai Sabah Sedang Dijalankan

KOTA KINABALU: Usaha sedang dijalankan bagi membebaskan ikan paus sepanjang 15.8 meter yang terdampar dekat Kuala Penyu di pantai barat Sabah, kira-kira 149 kilometer dari sini, Isnin.
Penduduk tempatan berkumpul berdekatan dengan ikan paus, dalam usaha untuk membebaskannya di bandar Kuala Penyu.
Ikan paus itu daripada spesis yang masih belum dikenal pasti, terdampar di pantai yang dikenali sebagai "hujung sungai" kira-kira satu kilometer dari bandar Kuala Penyu.
Pegawai Jabatan Perikanan Negeri di Kuala Penyu, Julin Bagang berkata, ikan paus itu mengalami cedera ringan.
"Kami berhadapan dengan masalah logistik dan sedang mencari jalan bagaimana untuk menyelamat ikan paus itu," kata beliau.
Pada tahun 2006, seekor ikan paus spesis 'Bryde' sepanjang 20 meter terdampar di Pulau Gaya berdekatan dengan bandar di sini.
Ia telah diselamatkan tetapi kemudiannya mati.
Seekor ikan paus lagi diselamat di pantai Tanjung Aru.
Pada Februari tahun ini, seekora ikan paus spesis Baleen sepanjang 12 meter ditemui mati di laut dekat Pulau Mengalum kira-kira 40 batu nautika dari bandar di sini. -mstar
Foto-foto berikut ehsan blog easycomeseasygoes









http://715246.blogspot.com/