POPULAR DUNIA HIBURAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 5 September 2012


Lelaki yang merupakan pelakon hebat ini, meninggal dunia


Pelakon Michael Clarke Duncan yang pernah menerima pencalonan untuk Anugerah Academy atas lakonannya dalam filem The Green Mile, meninggal dunia pada usia 54 tahun, semalam. Pengumuman mengenai kematian pelakon itu dibuat oleh pengurusnya, Dan Spilo, semalam. "Duncan meninggal dengan tenang hari ini. Beliau adalah seorang lelaki yang hebat serta berjiwa besar dan mewakilinya adalah satu penghormatan bagi saya," kata Spilo kepada AFP, semalam. Kekasihnya, Omarosa Manigault yang pernah menyertai rancangan realiti televisyen The Apprentice, bagaimanapun meminta supaya dia tidak diganggu, menurut pegawai media Duncan, Joy Fehily.

Fehily dalam satu kenyataan berkata, Duncan mengalami serangan jantung pada 13 Julai lalu dan tidak pernah sembuh sepenuhnya selepas itu. "Kekasihnya, Manigault turut berharap anda semua berdoa untuk Duncan dan meminta supaya dia tidak diganggu buat masa ini. "Majlis memperingati pelakon itu akan diumumkan nanti," kata Fehily. Dilahirkan di Chicago pada 10 Disember 1957, Duncan berpindah ke Los Angeles untuk meneruskan kerjaya sebagai pelakon.

Dia terkenal melalui The Green Mile, filem yang diadaptasi daripada karya Stephen King. Dalam filem berkenaan, Duncan memegang watak sebagai seorang lelaki yang dituduh membunuh dan merogol kanak-kanak. Dia telah membintangi kira-kira 50 filem dan turut berlakon dalam filem box-office, Armageddon. - AFP
http://urutbadan-natasha.blogspot.com/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan