NINJA PEMPUAN SERANG JPM BUANG TOPENG !! DIA BUKAN KAMEN RIDER LAGI !!
Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menetapkan 11 Oktober depan bagi mendengar permohonan pihak pembelaan untuk merujuk Muhdalena Ahmad, yang didakwa melakukan jenayah ugutan dan memiliki sebilah pedang, kepada pakar psikiatri.
Hakim Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah menetapkan tarikh itu selepas peguam M. Visvanathan memberitahu mahkamah mengenai permohonannya untuk membawa anak guamnya menjalani pemeriksaan tahap kewarasan mental mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.
Hakim Engku Ahmad Rashdi turut mengarahkan kedua-dua pihak menyelesaikan segala urusan penyerahan dokumen yang diperlukan sebelum perbicaraan bermula bagi mengelakkan proses perbicaraan terganggu.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh memberitahu mahkamah bahawa 42 dokumen sudah diserahkan kepada pihak pembelaan namun pihaknya akan menyerahkan lima lagi dokumen lain kepada peguam sebelum perbicaraan.
Kalmizah berkata 35 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu yang ditetapkan dua hari bermula 11 Oktober.
Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Visvanathan berkata anak guamnya perlu dirujuk kepada pakar psikiatri untuk menilai sama ada dia waras ketika kejadian atau dia waras untuk dibicarakan.
Muhdalena, 28, dari Kota Damansara dekat sini dituduh pada 16 Julai lepas di katil rawatannya di Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan pada paha kanannya.
Dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam untuk mencederakan anggota polis bantuan, Ridzuan Megat Ahmad di perkarangan Kompleks B Jabatan Perdana Menteri di sini pada kira-kira 2.30 petang 9 Julai lalu.
Muhdalena, siswazah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Dia juga dituduh memiliki sebilah pedang pada masa dan tempat yang sama mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Dia dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 sementara menunggu perbicaraan.
Gambar Semangat BN Berkobar kobar Untuk Tawan Penang......
Jom Kita. Buktikan Yang Semua Anak Muda Sokong BN
PAKAT-PAKAT MAI..
MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK KITA HADIR BERAMAI-RAMAI
BAGI SEMUA PEMBACA DI KAWASAN P.PINANG TERUTAMANYA
Bikini Yang mencetuskan Kontroversi dan Kemarahan Rakyat!
AUSTRALIA – Baru-baru ini, seluruh masyarakat di India berasa tersinggung dengan pereka baju renang dari Australia iaitu Lisa Burke.
Ini kerana pada Australian Fashion Week, Lisa telah mereka sehelai ‘swimsuit’ dengan memaparkan rekaan gambar Dewi Lakshmi, tokoh suci umat Hindu.
Menurut CNN, kemarahan rakyat India tidak dapat dibendung lagi setelah melihat wajah Lakshmi tercetak di bahagian depan dan belakang pakaian renang tersebut.
Kemarahan itu membuatkan mereka membakar foto-foto rekaan Lisa serta bendera nasional Australia dalam suatu aksi protes di Hyderabad Selatan.
Presiden Federasi Asosiasi Australia India, Vish Viswanathan, turut mengutuk rekaan tersebut.
“Sukar mempercayai bahawa rekaan itu tidak disengajakan. Mereka yang melakukan hal ini hanya untuk mencari publisiti murahan,” katanya yang dipetik melalui Viva News, baru-baru ini.
Tambahnya, rekaan itu membuatkan seluruh rakyat India terluka, malah masyarakat India yang tinggal di Australia turut tersinggung.
Sementara itu, Lisa Burke sudah meminta maaf kepada masyarakat India diatas permasalahan yang timbul akibat kesilapannya mencetak gambar berkenaan.
Menurutnya, pencitraan Dewi Lakshmi pada pakaian renangnya hanya untuk berbagi perbezaan budaya dari label miliknya.
“Saya meminta maaf kepada sesiapa pun yang berasa tersinggung.
“Kami akan menghentikan produksi dan design tersebut, ia tidak akan ada dimana-mana cawangan pun,” katanya.
Kontroversi : Ada patung dinamakan bayi tuhan
Sebuah gereja di Inggris memutuskan untuk menjalankan sebuah kempenya yang kontroversi menjelang hari natal tahun ini. Gereja tersebut kemudian berusaha memasarkan sebuah patung yang dinamakan God Baby atau bayi Tuhan, yang diibaratkan sebagai Yesus Kristus. Idea awal dari GodBaby ialah untuk memperkenalkan kisah kelahiran Yesus Kristus, yang biasa dibawakan di malam natal, kepada generasi yang lebih muda melalui medium patung. GodBaby tidak untuk dijual di kedai, melainkan dijual online saja. Bagi gereja yang menyokong pemasaran GodBaby mereka mengatakan bahawa niat mereka baik, iaitu memanfaatkan konsumerisma di kalangan anak-anak dan remaja untuk memperkenalkan Tuhan. Namun bagi pihak yang menolak hal ini, menyatakan bahawa penjualan GodBaby merupakan penistaan terhadap agama, dan penghinaan kerana memperjual belikan nama Tuhan dalam sebuah patung plastik.
P/S - Dunia semakin aneh sekarang.. Kreativiti dan pemikiran manusia semakin memosongkan akhlak.. huhu
Didunia ini ada hotel yang dinamakan hotel kiamat..
Korea Utara telah membangunkan sebuah hotel yang dipersiapkan untuk menyambut hari kiamat nanti. Ryugyong Hotel di Pyongyang, Korea Utara ini disebut "Hotel of Doom" atau hotel kiamat. Sebagai negara yang terkenal dengan kekuatan nukliernya, Korea Utara ingin menunjukkan kuasa negaranya melalui megahnya hotel yang dibangunkan dalam kurun waktu 20 tahun ini. Dari luar hotel tersebut terlihat seperti piramid berfasad kaca yang menjulang tinggi. Namun, pemandangan yang berbeza akan ditemui setiap pengunjung hotel ini, jika memasuki bahagian dalamnya. Interior hotel yang terdiri dari 105 tingkat ini hanya berupa dewan luas dengan lantai konkrit dan ruang-ruang kosong, seperti kawasan parkir bertingkat.
Tidak ada benda apapun yang diisi di dalamnya, bahkan untaian kabel, atau paip sekalipun. Hal ini sangat kontras dengan eksterior bangunan yang lain. Sayang, bangunan megah ini bagaikan benda terlantar. Dipetik dari sebuah akhbar luar negara, penyebabnya adalah dana pembangunan yang habis ketika bangunan masih dalam pembinaan di tahun 1990-an. Sedangkan, sebelumnya pada tahun 1989 menara setinggi 330 m ini disebut-sebut sebagai hotel tertinggi dan pencakar langit terbesar ketujuh di dunia.
Pergh.....Presiden diserang dengan pistol plastik
Seorang lelaki ditahan selepas menyerang Presiden Republik Czech, Vaclav Klaus menggunakan pistol plastik, di sini semalam. Lelaki berkenaan dilapor mengacukan pistol terbabit ke arah Klaus, 71, dan melepaskan tembakan kosong beberapa kali sebelum ditahan polis. Klaus, bagaimanapun tidak mengalami kecederaan. Kejadian tersebut berlaku dalam majlis perasmian jambatan baru di pekan Chrastava, di utara Bohemia. - dpa
Buka Pintu Pesawat Kerana Sangka Ia Adalah Pintu Tandas
Penerbangan Hong Kong Airlines dari Bali ke sini terselamat daripada malapetaka apabila seorang penumpang gagal membuka pintu kecemasan pesawat setelah menyangka ia adalah pintu tandas. Para anak kapal Hong Kong Airlines yang menyaksikan kejadian itu terkejut apabila mereka melihat seorang lelaki China berusia 52 tahun bangun dari tempat duduknya lalu berjalan menuju ke arah pintu kecemasan pesawat dan kemudian cuba untuk membuka pintu berkenaan.
Nasib baik dia gagal membuka pintu berkenaan dan kakitangan kabin dengan pantas menghalangnya secara fizikal daripada meneruskan niatnya itu. "Apabila dia disoal oleh polis, selepas mendarat, lelaki itu berkata dia berbuat demikian kerana menyangka ia adalah pintu tandas memandangkan inilah pertama kali dalam hidupnya menaiki pesawat," kata salah seorang kakitangan pesawat itu.
Kerana terlalu sayangkan anak, ibu bapa ini menyimpan mayatnya 6 tahun dalam rumah
Beijing. Pasangan suami-isteri di China menyimpan mayat anak mereka selama 6 tahun di dalam rumah mereka. Hal ini kerana mereka terlalu menyayangi dan merindukan si anak sehingga tidak mengkebumikannya. Insiden ini dilaporkan terjadi di kawasan Chongqing, China seperti disiarkan The Star. Buah hati pasangan yang tidak disebutkan namanya ini, meninggal dunia 6 tahun lalu kerana sakit.
Namun pasangan ini memutuskan untuk tidak mengkebumikan anak mereka. Jasad anak lelaki ini disimpan di dalam almari pendingin besar yang ada di rumah mereka. Tapi sayang tidak disebutkan berapakah umur anak tersebut ketika meninggal dunia. Menurut media tempatan, Kwong Wah Yit Poh, setiap kali pasangan tersebut merindukan si buah hati, mereka akan membuka almari pendingin dan memandang si anak. "Anak saya kelihatan seolah masih hidup. Dia terus berada di samping kami dan tidak pernah meninggalkan saya," tutur si ayah yang tidak disebutkan namanya ini.
Mengenai hal ini, pihak keluarga pasangan ini telah menasihati mereka untuk mengkebumikan jasad si anak. Namun nasihat tersebut sama sekali tidak didengar. Pasangan ini mengaku tidak sanggup jika harus kehilangan anak mereka. Sebabnya, pasangan ini juga kehilangan seorang anak mereka lainnya sekitar 15 tahun lalu. Anak perempuan mereka itu meninggal dunia kerana dehidrasi.
.
Anggur bukan untuk dimakan, tapi untuk berperang
Selain perang tomato, Sepanyol juga mempunyai festival perang buah unik lainnya. Dinamakan La Raima, perang anggur yang biasa berlangsung setahun sekali di Kota Pobla del Duc, Valencia. Di tengah teriknya matahari saat musim panas, masyarakat di sini malah asyik melontar jiran dan keluarga dengan buah anggur.
La Raima memerlukan sekurang-kurangnya 90 ton buah anggur segar. Sama halnya dengan festival tomato, anggur-anggur tersebut nantinya juga akan dilontar secara sembarang ke berbagai arah oleh peserta festival. Dulu, acara ini dimaksudkan sebagai ungkapan rasa syukur keatas musim yang melimpah. Namun saat ini La Raima menjadi festival yang sangat ditunggu oleh masyarakat Valencia.
P/S - Korang buang-buang anggur macam tu, kat Malaysia buah anggur mahal tau..huhu
.
Perghhhh Nasib Tak Mati Jer....
PEMANDU treler melihat keadaan kenderaan yang dipandunya yang nyaris terjunam dari atas jambatan ke dalam Tasik Banding,Gerik. http://715246.blogspot.com/
Info menarik mengenai Luytla-Duymun yang merupakan sebuah pulau terkecil dari 18 Kepulauan di Faroe, terletak antara Skodland dan Islandia. Pulau indah ini hanya berukuran seluas 0.8 km persegi (0.3 mil persegi) dengan titik tertinggi, Gunung Ravan, 414 meter (1.358 kaki). Pemandangan indah tercipta dari pulau tak berpenghuni ini yang selalu diselimuti awan. Bentuknya yang unik menjadi objek keindahan di pulau ini. Menarik, dan sangat cantik..
Pokok ini boleh berpindah tempat sendiri
Di hutan hujan tropika Amerika Selatan ada sejenis pokok palem yang boleh bergeser dari tempatnya semula. Socratea exorrhiza, atau sering disebut Walking Palm. Dinamakan Walking Palm kerana boleh "berjalan", tentunya bukan seperti pokok raksasa Ent dalam filem Lord of The Rings. Namun, memang benar-benar boleh berpindah tempat sendiri. Bagaimana hal ini boleh terjadi? Rupanya kerana pergerakan akar yang mengikuti arah cahaya matahari. Akar yang tidak mendapatkan sinar akan mati dan kemudian digantikan oleh pertumbuhan akar yang baru. Bentuk akarnya muncul dari bahagian batang seolah tentakel sotong gurita.
Pada tahun 1961 sebuah fakta baru mengenai tanaman ini ditemukan oleh para ahli. Sebuah pokok jenis ini tumbang kerana ditimpa oleh pokok lainnya, namun beberapa hari kemudian, tumbuh akar baru di sekitar akar yang lama.Menurut penelitian, dalam tempoh 1 tahun, pokok yang mampu tumbuh hingga 25 meter dan berdiameter sekitar 16 cm ini dapat bergeser dari tempatnya semula sejauh 1 meter.http://79062210.blogspot.com/
Awas : Serbuk putih ditemui dalam pejabat pos
Pejabat pos berdekatan bandar raya ini dikosongkan selepas bahan yang tidak dikenali dijumpai dalam bangunan itu apabila 20 orang mendakwa mereka tidak sihat, kata polis. Polis berkata, salah seorang daripada 20 mangsa dibawa ke hospital tetapi bahan berkenaan dianggap tidak berbahaya berdasarkan penyiasatan awal. Polis dimaklumkan mengenai dua pucuk surat mengandungi serbuk putih yang menyebabkan sebahagian daripada petugas berasa gatal. Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kejadian. - AFPhttp://79062210.blogspot.com/
.
Safee Sali di program KEADILAN DUN Batu Tiga
KELMARIN sebelum ke program Jingga 13 Penang, rujuk sini [Jingga 13 Penang] ReJaM© sempat singgah sebentar di sebuah program KEADILAN di Batu Tiga Shah Alam.
Menariknya penyerang sensasi pasukan bola sepak Harimau Malaya dan juga kelab Pelita Jaya, Safee Sali turut hadir di program Hari Raya tersebut.
Nampaknya Adun KEADILAN Batu Tiga, YB Rodziah Ismail turut meminati Safee Sali dan Pelitajaya.
Safee Sali turut membawa hadiah untuk diberikan kepada para pengunjung yang berjaya menjawab soalan kuiz "Safee Sali tanya anda" di dalam program tersebut.
Antaranya T-Shirt merah bernombor 10 (nombor jersi Safee Sali) dan komik Super Safee untuk peminat-peminat cilik yang berjaya menjawab soalan beliau berhubung dirinya.
Apapun tahniah diucapkan kepada Safee Sali yang tidak bimbang periuk nasinya terjejas kerana menghadiri program KEADILAN seperti ini.
Orang berbakat seperti Safee tidak perlu bimbang untuk menghadiri program-program Pakatan Rakyat seperti ini kerana nilai bakatnya melangkaui ideologi politik.
Lagipun pengurus beliau, saudara Zakaria atau lebih dikenali sebagai Abang Zack merupakan penyokong kuat KEADILAN dan merupakan bekas Ketua Cabang KEADILAN.
ReJaM© "Selamat maju jaya diucapkan kepada Safee Sali... "
Luar Biasa! Budak 2 Tahun Miliki Kemahiran Kendali Haiwan Liar
Boleh dianggap luar biasa jika seseorang itu mempunyai kemahiran untuk mengendalikan haiwan liarseperti buaya, ular dan sebagainya. Menurut laporan, walaupun baru berusia dua tahun, Charlie Parker boleh dianggap sebagai ‘pakar ular’ jika dilihat kemahirannya berdepan dengan reptilia berbahaya itu.
Keyakinan dapat dilihat dengan ketara ketika Parker mengangkat ular sawa seberat 10 kilogram semalam, walaupun pada ketika tertentu langkah budak itu kelihatan goyang. Media tempatan melaporkan, Parker kini digelar sesetengah pihak sebagai renjer haiwan liar paling muda di Australia.
Melihat kepada sejarah hidupnya, memang tidak menghairankan jika Parker mudah akrab dengan haiwan liar. Dia dilahirkan pasangan suami isteri yang menguruskan Taman Hidupan Liar Ballarat di Victoria. Bapa Parker yang juga pemilik taman itu, Greg, berkata tiga generasinya menjadi penjaga haiwan dan membesar dalam lingkungan hidupan liar. “Kami memang terkejut dengan kemampuan semula jadi Parker berdepan haiwan liar.
“Selain tidak menampakkan rasa takut, Parker juga melayan haiwan yang ada di taman hidupan liar ini. “Dia juga mengagumkan kerana memiliki pengetahuan mengenai haiwan itu tanpa perlu kami memberinya pendedahan apa-apa sejak awal.
“Nampaknya kemahiran itu memang ada dalam darah dagingnya,” katanya.
Selain ular, Parker juga sering dibenarkan bermain dengan pelbagai jenis haiwan liar lain, termasuk anak buaya di taman haiwan yang dibuka sejak 1987 itu.
http://79062210.blogspot.com/
Pura-Pura Mati Untuk Uji Kekasih
MOSCOW – Kerana ingin tahu sama ada teman wanitanya benar-benar menyintainya, seorang lelaki berpura-pura mati dalam satu kejadian kemalangan kereta yang mengerikan dan kemudian bangkit untuk mengajukan soalan itu.
Alexey Bykov mengupah seorang pengarah filem, pelakon lasak, jurusolek artis dan juga penulis skrip untuk mengadakan adegan kemalangan olok-olok itu.
Lelaki berusia 30 tahun berkenaan sebelum itu mengaturkan pertemuannya dengan teman wanitanya, Irena Kolokov di lokasi kemalangan itu supaya wanita itu yakin dia mati.
Irena berkata: “Kami berjanji bertemu di sesuatu tempat. Tetapi apabila tiba, terdapat beberapa kereta yang kemalangan dan tercampak di sana sini, ambulans, asap dan kebakaran.
“Kemudian, apabila saya melihat Bykow penuh dengan darah terbaring di jalan raya, seorang paramedik memberitahu saya, dia sudah mati. Saya menangis.” Tetapi Bykov yang sudah ‘mati’ bangkit dan melamar Irena, dengan tubuhnya masih dibasahi darah palsu.
Irena berkata: “Saya sungguh marah sehingga hampir membunuhnya sekali lagi, tapi kali ini mahu memastikan dia benar-benar mati.” Mujur bagi Bykov, Irena memahami jenaka itu dan menerima lamarannya. Pasangan itu berkahwin minggu lalu.
Bykov yang berasal dari Omsk, Russia berkata: “Saya mahu dia menyedari betapa kosong jiwanya tanpa saya dan bagaimana dia akan hidup tanpa saya.
“Saya percaya saya berjaya melakukannya. Tetapi itu adalah yang terakhir saya berbuat demikian.” – DM
http://79062210.blogspot.com/
Budak Jadi Jutawan Kerana Muntah Ikan Paus
Tahukah anda bahawa muntah ikan Paus sangat mahal? Itulah yang ditemui oleh seorang budak lelaki yang tinggal di Bournemouth, Britania Raya. Budak yang beruntung ini adalah Charlie Naysmith 8 tahun. Ketika dia sedang berjalan-jalan di tepi pantai Hengistbury Head, dia ternampak sebuah bongkahan agak besar yang menyerupai batu. Bentuknya yang tidak rata dan berwarna kuning keemasan membuat Charlie berfikir ini adalah jenis batu yang biasa ditemui di tepi pantai.
Akan tetapi, orangtuanya tidak cepat mengambil keputusan begitu saja, mereka justru meneliti bongkahan unik tersebut. Ternyata, itu bukanlah batu melainkan muntah ikan Paus Sperma yang sudah mengeras kerana sudah lama terkena paparan sinar matahari dan zat garam dari air laut.
Faktanya, muntahan Paus Sperma ini banyak dicari oleh pembuat perfum kerana kandungan kimia di dalamnya mampu membuat aroma perfum bertahan lebih lama.
Harga 500 gr kotoran/limbah paus bisa mencapai 10.000 dollar Amerika Sedangkan, untuk ukuran bongkahan muntah paus yang ditemukan Charlie, harganya boleh mencapai 63.000 dollar Amerika . Dengan jumlah yang sangat besar itu, Charlie bisa menjadi jutawan cilik mendadak, hanya kerana kebetulan menemui muntahan ikan paus sperma tersebut.
http://79062210.blogspot.com/
GAMBAR TERKINI IZARA AISHAH SEBAGAI DUTA SECRET GARDEN
GAMBAR TERKINI IZARA AISHAH SEBAGAI DUTA SECRET GARDEN | Gambar Artis - Pelakon muda yang semakin meningkat naik, Izara Aishah telah dipilih menjadi duta bagi produk penjagaan peribadi, Secret Garden.
Saya telah menggunakan produk Secret Garden untuk sekian lama dan tidak permah terlintas di fikiran bahawa satu hari nanti saya akan menjadi duta jenama Secret Garden. Saya teruja untuk mewakili Secret Garden dalam tempoh beberapa bulan akan datang ,” ujar Izara Aishah selepas terpilih menjadi duta bagi Secret Garden.
http://79062210.blogspot.com/
GAMBAR JESSICA ALBA YANG TETAP CUN TANPA MEKAP
GAMBAR JESSICA ALBA YANG TETAP CUN TANPA MEKAP - Penulis baru sahaja terjumpa gambar baru selebriti Hollywood, Jessica Alba tanpa mengenakan sebarang solekan dalam laman sosial yang di-upload baru-baru ini.
Jessica tampil dengan imej gadis remaja dengan menyarung T-shirt berona peach, seluar hitam, dan aksesori yang termasuklah beg tangan bertali panjang dan kaca mata hitam.
http://79062210.blogspot.com/
KISAH BENAR IBU TUNGGAL INI DIUSIR 12 HANTU
KISAH BENAR IBU TUNGGAL INI DIUSIR 12 HANTU | KISAH SERAM | GANGGUAN MAKHLUK HALUS - Seorang ibu tunggal, Vanessa Mitchell, 37, menceritakan kembali peristiwa beliau berdepan dengan 12 hantu sehingga terpaksa berpindah ke rumah lain.
Hantu-hantu itu bertindak memukulnya dari belakang, menarik rambutnya dan cuba menolak tetamunya di tangga. Selain itu, mereka juga mengalihkan objek di sekitar rumah, menggoncang tombol pintu dan membuka paip air. Paling mengerikan, hantu itu membuat percikan darah timbul di ruang tamu.
Kejadian terakhir yang menakutkan ialah selepas Vanessa melahirkan anaknya. Ketika anaknya Jesse berusia empat bulan, Vannessa berkata, dia melihat ‘hantu jantan’ berdiri di atas buai bayi itu.
Beliau hanya bertahan tiga tahun tinggal di rumah itu berkata, dia menemui sekurang-kurangnya 12 hantu.
“Selaku ibu tinggal, saya tidak sanggup untuk terus menerus tinggal dengan hantu di rumah itu.” Dia masih berhutang sebanyak RM735,000 untuk rumah berkenaan yang sebelum ini menjadi penjara untuk tukang sihir di St Osyth, Essex.
Dalam usaha untuk mendapatkan pendapatan bagi membiaya kehidupannya, Vanessa bercadang membuka rumah itu untuk dijadikan ‘pelancongan hantu.’ Pakar, Chris Palmer, 36, ketika bercakap mengenai bangunan berusia 500 tahun itu berkata: “Ia mempunyai suasana paling negatif pernah saya temui.”
http://79062210.blogspot.com/