POPULAR DUNIA HIBURAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ahad, 30 September 2012

NINJA PEMPUAN SERANG JPM BUANG TOPENG


NINJA PEMPUAN SERANG JPM BUANG TOPENG !! DIA BUKAN KAMEN RIDER LAGI !!



Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menetapkan 11 Oktober depan bagi mendengar permohonan pihak pembelaan untuk merujuk Muhdalena Ahmad, yang didakwa melakukan jenayah ugutan dan memiliki sebilah pedang, kepada pakar psikiatri.

Hakim Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah menetapkan tarikh itu selepas peguam M. Visvanathan memberitahu mahkamah mengenai permohonannya untuk membawa anak guamnya menjalani pemeriksaan tahap kewarasan mental mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.

Hakim Engku Ahmad Rashdi turut mengarahkan kedua-dua pihak menyelesaikan segala urusan penyerahan dokumen yang diperlukan sebelum perbicaraan bermula bagi mengelakkan proses perbicaraan terganggu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh memberitahu mahkamah bahawa 42 dokumen sudah diserahkan kepada pihak pembelaan namun pihaknya akan menyerahkan lima lagi dokumen lain kepada peguam sebelum perbicaraan.

Kalmizah berkata 35 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu yang ditetapkan dua hari bermula 11 Oktober.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Visvanathan berkata anak guamnya perlu dirujuk kepada pakar psikiatri untuk menilai sama ada dia waras ketika kejadian atau dia waras untuk dibicarakan.

Muhdalena, 28, dari Kota Damansara dekat sini dituduh pada 16 Julai lepas di katil rawatannya di Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan pada paha kanannya.

Dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam untuk mencederakan anggota polis bantuan, Ridzuan Megat Ahmad di perkarangan Kompleks B Jabatan Perdana Menteri di sini pada kira-kira 2.30 petang 9 Julai lalu.

Muhdalena, siswazah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dia juga dituduh memiliki sebilah pedang pada masa dan tempat yang sama mengikut Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 sementara menunggu perbicaraan. 

BN Berkobar kobar Untuk Tawan Penang


Gambar Semangat BN Berkobar kobar Untuk Tawan Penang......






Semua Anak Muda Sokong BN


Jom Kita. Buktikan Yang Semua Anak Muda Sokong BN

PAKAT-PAKAT MAI..
MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK KITA HADIR BERAMAI-RAMAI
BAGI SEMUA PEMBACA DI KAWASAN P.PINANG TERUTAMANYA

Kontroversi dan Kemarahan Rakyat!


Bikini Yang mencetuskan Kontroversi dan Kemarahan Rakyat!

AUSTRALIA – Baru-baru ini, seluruh masyarakat di India berasa tersinggung dengan pereka baju renang dari Australia iaitu Lisa Burke.
Ini kerana pada Australian Fashion Week, Lisa telah mereka sehelai ‘swimsuit’ dengan memaparkan rekaan gambar Dewi Lakshmi, tokoh suci umat Hindu.

Menurut CNN, kemarahan rakyat India tidak dapat dibendung lagi setelah melihat wajah Lakshmi tercetak di bahagian depan dan belakang pakaian renang tersebut.

Kemarahan itu membuatkan mereka membakar foto-foto rekaan Lisa serta bendera nasional Australia dalam suatu aksi protes di Hyderabad Selatan.

Presiden Federasi Asosiasi Australia India, Vish Viswanathan, turut mengutuk rekaan tersebut.

“Sukar mempercayai bahawa rekaan itu tidak disengajakan. Mereka yang melakukan hal ini hanya untuk mencari publisiti murahan,” katanya yang dipetik melalui Viva News, baru-baru ini.

Tambahnya, rekaan itu membuatkan seluruh rakyat India terluka, malah masyarakat India yang tinggal di Australia turut tersinggung.

Sementara itu, Lisa Burke sudah meminta maaf kepada masyarakat India diatas permasalahan yang timbul akibat kesilapannya mencetak gambar berkenaan.

Menurutnya, pencitraan Dewi Lakshmi pada pakaian renangnya hanya untuk berbagi perbezaan budaya dari label miliknya.

“Saya meminta maaf kepada sesiapa pun yang berasa tersinggung.

“Kami akan menghentikan produksi dan design tersebut, ia tidak akan ada dimana-mana cawangan pun,” katanya.

patung dinamakan bayi tuhan


Kontroversi : Ada patung dinamakan bayi tuhan


Sebuah gereja di Inggris memutuskan untuk menjalankan sebuah kempenya yang kontroversi menjelang hari natal tahun ini. Gereja tersebut kemudian berusaha memasarkan sebuah patung yang dinamakan God Baby atau bayi Tuhan, yang diibaratkan sebagai Yesus Kristus. Idea awal dari GodBaby ialah untuk memperkenalkan kisah kelahiran Yesus Kristus, yang biasa dibawakan di malam natal, kepada generasi yang lebih muda melalui medium patung. GodBaby tidak untuk dijual di kedai, melainkan dijual online saja. Bagi gereja yang menyokong pemasaran GodBaby mereka mengatakan bahawa niat mereka baik, iaitu memanfaatkan konsumerisma di kalangan anak-anak dan remaja untuk memperkenalkan Tuhan. Namun bagi pihak yang menolak hal ini, menyatakan bahawa penjualan GodBaby merupakan penistaan terhadap agama, dan penghinaan kerana memperjual belikan nama Tuhan dalam sebuah patung plastik.





 P/S - Dunia semakin aneh sekarang.. Kreativiti dan pemikiran manusia semakin memosongkan akhlak.. huhu

hotel yang dinamakan hotel kiamat..


Didunia ini ada hotel yang dinamakan hotel kiamat..


Korea Utara telah membangunkan sebuah hotel yang dipersiapkan untuk menyambut hari kiamat nanti. Ryugyong Hotel di Pyongyang, Korea Utara ini disebut "Hotel of Doom" atau hotel kiamat. Sebagai negara yang terkenal dengan kekuatan nukliernya, Korea Utara ingin menunjukkan kuasa negaranya melalui megahnya hotel yang dibangunkan dalam kurun waktu 20 tahun ini. Dari luar hotel tersebut terlihat seperti piramid berfasad kaca yang menjulang tinggi. Namun, pemandangan yang berbeza akan ditemui setiap pengunjung hotel ini, jika memasuki bahagian dalamnya. Interior hotel yang terdiri dari 105 tingkat ini hanya berupa dewan luas dengan lantai konkrit dan ruang-ruang kosong, seperti kawasan parkir bertingkat.

Tidak ada benda apapun yang diisi di dalamnya, bahkan untaian kabel, atau paip sekalipun. Hal ini sangat kontras dengan eksterior bangunan yang lain. Sayang, bangunan megah ini bagaikan benda terlantar. Dipetik dari sebuah akhbar luar negara, penyebabnya adalah dana pembangunan yang habis ketika bangunan masih dalam pembinaan di tahun 1990-an. Sedangkan, sebelumnya pada tahun 1989 menara setinggi 330 m ini disebut-sebut sebagai hotel tertinggi dan pencakar langit terbesar ketujuh di dunia.





diserang dengan pistol plastik


Pergh.....Presiden diserang dengan pistol plastik


Seorang lelaki ditahan selepas menyerang Presiden Republik Czech, Vaclav Klaus menggunakan pistol plastik, di sini semalam. Lelaki berkenaan dilapor mengacukan pistol terbabit ke arah Klaus, 71, dan melepaskan tembakan kosong beberapa kali sebelum ditahan polis. Klaus, bagaimanapun tidak mengalami kecederaan. Kejadian tersebut berlaku dalam majlis perasmian jambatan baru di pekan Chrastava, di utara Bohemia. - dpa