POPULAR DUNIA HIBURAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 4 Disember 2013

Lelaki Cemas

Lelaki Cemas Terlanggar Kereta Rasmi PM

Seorang lelaki yang meletakkan sementara keretanya di laluan masuk ke Bangunan Parlimen untuk mengambil pas keselamatan, berdepan detik cemas apabila keretanya terundur dan terlanggar kereta rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Lelaki berusia 20-an itu dikatakan terlupa menarik brek tangan kereta Volvonya menyebabkan kereta itu terundur dan terlanggar kereta Proton Perdana yang dinaiki Najib, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.50 pagi, bagaimanapun tiada kerosakan pada kedua-dua kereta, katanya.
“Perdana menteri juga tidak mengalami kecederaan dalam kejadian itu. Kereta rasmi perdana menteri ketika itu memasuki kawasan bangunan Parlimen,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.
Najib menghadiri persidangan Dewan Rakyat di bangunan itu.
Mohmad berkata, siasatan polis tidak mendapati adanya unsur jenayah. 

RAKAMAN CCTV MEMBUKTIKAN KEBENARAN

http://715246.blogspot.com/

Jiran curi pakaian dalam gadis...Mak Oiiii

KAJANG: Misteri kehilangan pakaian dalam milik seorang remaja perempuan yang dijemur di ampaian rumahnya di Taman Suria di sini, terjawab selepas perbuatan tidak bermoral itu dilakukan jirannya sendiri.

Dalam kejadian terbaru, penghuni rumah berkenaan dikejutkan dengan bunyi salakan anjing pada jam 3.30 pagi menyebabkan bapa mangsa keluar memeriksa keadaan di luar kawasan rumah sebelum mendapati beberapa helai pakaian dalam anak perempuannya hilang.

Menurut sumber, bapa mangsa kemudiannya meneliti semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) lalu mendapati jirannya masuk untuk mencuri pakaian itu.

“Kes kecurian pakaian dalam milik anak perempuannya sudah kali keempat berlaku menyebabkan bapa mangsa terpaksa membuat laporan polis agar individu terbabit tampil menyerah diri,“ katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 447/379 Kanun Keseksaan.
 http://715246.blogspot.com/

Tragedi Tsunami Di Aceh 26 Disember 2004

http://715246.blogspot.com/
Peringatan Tragedi Tsunami Di Aceh 26 Disember 2004

Hari ini kita berada di bulan Disember 2013 ,hampir genap 9 tahun tragedi tsunami berlaku di Acheh, Indonesia . Antara yang terkena tempiasnya di beberapa buah negara lain termasuk Malaysia . Tsunami telah meninggalkan 'parut' kekal kepada mereka yg masih hidup sehingga hari ini.

Yakinlah, sesuatu yang Allah uji itu ,ada hikmahnya. Di Dalam kitab suci Al-Quran juga ada disebut, Allah akan memberikan suatu bencana pada sesuatu kaum di suatu tempat itu dan kemudiannya akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang terkorban dalam tragedi ini. Moga roh mereka di sayangi, diredhai dan dirahmati oleh Allah. Aamiin.

# AL-FATIHAH    

Selasa, 3 Disember 2013

Balasan cuba langgar polis

Jenayah dan Mahkamah

Balasan cuba langgar polis


polissubang
Subang Jaya: Biarpun cuba dilanggar dengan kereta dinaiki lima penjenayah, dua polis bermotosikal nekad mengejar suspek sebelum berjaya menahan dua daripada mereka yang dipercayai saki baki ahli ‘Geng Topeng’ di Jalan SS14/5D, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, dua anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang melakukan rondaan mencegah jenayah terserempak sebuah kereta Proton Wira dinaiki lima lelaki tempatan berusia 20-an dalam keadaan mencurigakan. Menyedari kehadiran polis, suspek memecut laju dan dikejar hingga ke persimpangan Jalan SS14/8F kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek kemudian bertindak agresif apabila cuba menghimpit motosikal anggota URB menyebabkan kereta dinaiki mereka hilang kawalan.
“Akibat tindakan itu, kereta suspek terbabas dan melanggar tembok dinding longkang berhampiran rumah penduduk di kawasan itu sebelum mereka termasuk seorang yang bersenjatakan parang melarikan diri.
“Tindakan pantas polis berjaya menahan seorang daripada mereka sebelum menahan seorang lagi kira-kira setengah jam kemudian. “Ketika ditahan, suspek pertama bertindak agresif kerana mahu mencederakan anggota polis untuk melepaskan diri, namun gagal,” katanya.
Yahaya berkata, soal siasat dilakukan mendapati suspek pertama berusia 25 tahun dan beralamat terakhir di Rumah Papan Salok Merah di Jalan Meru, Klang.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut terhadap kereta itu juga polis menjumpai lima parang panjang, empat jaket berlainan warna, tiga topeng, tiga sarung tangan, tiga telefon bimbit pelbagai jenama dan satu topi koboi.
Turut ditemui, satu pemutar skru, surat pajak gadai, sekeping kad pengenalan dan pemeriksaan juga mendapati kereta dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu dan pernah dilaporkan hilang di Taman Sentosa, Klang pada 14 November lalu.
Katanya, suspek yang ditahan dibawa ke Balai Polis Subang untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dan bersenjata.
Menurutnya, polis juga sedang giat memburu tiga lagi suspek yang melarikan diri dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
- Harian Metro

Isnin, 2 Disember 2013

Kes Rogol Remaja 12 Tahun

Jabatan Peguam Negara Buka Semula Kes Rogol Remaja 12 Tahun

NUR2
PUTRAJAYA: Kertas siasatan untuk menyiasat dakwaan rogol seorang remaja perempuan berusia 12 tahun yang berkahwin dengan lelaki yang didakwa merogolnya dan bercerai setahun kemudian telah dibuka semula oleh polis susulan permintaan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC).
Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, beliau membuat permintaan itu kepada polis selepas mengambil kira keprihatinan orang awam terhadap isu itu.
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan sama ada kes itu akan dibicarakan hanya akan diumumkan minggu depan selepas AGC menerima penemuan polis.
“Saya telah meminta siasatan lanjut dilakukan dan saya memberi polis tempoh selama seminggu untuk memaklumkan kepada saya,” kata Abdul Gani pada sidang media di sini, Isnin.

Nuzul Quran Diisytiharkan Cuti

Hari Nuzul Quran Diisytiharkan Cuti Bagi Semua Wilayah Persekutuan 2014

: http://715246.blogspot.com/
Hari Nuzul Al-Quran Hari Kelepasan Am Ketiga-Tiga Wilayah Persekutuan Mulai 2014 KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengisytiharkan Hari Nuzul al-Quran sebagai hari kelepasan am bagi Wilayah Persekutuan [...]


Read more: 
http://715246.blogspot.com/
Follow us: 
http://715246.blogspot.com/

KESIHATAN PERLU DI JAGA

http://715246.blogspot.com/

Dr Mahathir sah letak jawatan ....Kesihatan Tun Perlu Diutamakan Semoga Sentiasa Sihat...Aamiin

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan beliau telah melepaskan jawatan sebagai Penasihat Petronas berkuat kuasa semalam.

Menurutnya, faktor kesihatan menjadi salah satu sebab beliau berbuat demikian.

"Oleh kerana umur saya dah tua, saya perlu perlahankan perkhidmatan yang selama ini saya buat.

"Ia juga selepas dinasihatkan doktor untuk saya mengurangkan aktiviti dan tidak terlalu aktif ketika ini," katanya kepada media, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kesahihan beliau meletak jawatan daripada syarikat minyak itu dan sebab beliau mengambil keputusan demikian.

Beliau berkata, isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali juga akan mengehadkan perjalanan beliau untuk lawatan ke luar negara sekali dalam sebulan sahaja.

"Isteri saya kawal segala program kerana tidak mahu saya terlalu penat dengan semua tanggungjawab ini.

"Sebenarnya saya tidak suka menjadi tua, saya mahu jadi muda agar dapat meneruskan khidmat di syarikat tersebut," katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau telah menulis surat untuk memaklumkan mengenai niatnya itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Difahamkan beliau akan kekal sebagai Penasihat Proton, syarikat pengeluar automatif nasional.