POPULAR DUNIA HIBURAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Isnin, 2 Disember 2013

PERIHATIN SULTAN BRUNEI TERHADAP PENGAWALNYA

SULTAN BRUNEI KAWAL LALU LINTAS KETIKA JURU IRING BERMOTOSIKALNYA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALANRAYA!!!!  http://715246.blogspot.com/

SEDIHNYA USTAZ KAZIM ELIAS

Anak ustaz Kazim menangis lihat bapa dihina oleh puak PR

SEJAK pengumuman dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Jumaat lalu, pelbagai kritikan diterima Ustaz Mohammad Kazim Elias, khususnya di laman-laman sosial.

Beliau nyata amat sedih dengan pelbagai gelaran melampau yang diberi kepadanya susulan pengumuman itu sehingga ahli keluarganya turut tertekan.

Menerusi ceramah yang diadakan di ibu negara malam kelmarin, Ustaz Kazim meluahkan perasaannya mengenai isu pelantikan itu.

"Menangis anak perempuan saya yang kecil itu. Dua hari (dia) tak buka Facebooknya, tak sentuh langsung komputernya. Dia sedih. Isteri dan lima anak saya ambil keputusan untuk balik kampung, tengok sawah, bendang.

"Mereka tak tergamak nak tengok ayah mereka kena maki.

Isteri saya kata: 'Abang, kami anak beranak berkorban, tak jumpa abang. Tak makan, tak minum (sama-sama) dengan ayah, tak bercuti, walaupun cuti sekolah dah tiga minggu.

"Kami berkorban sebab abang nak berceramah satu Malaysia tapi, sampai hati mereka panggil abang haram jadah, munafik, babi, anjing.'
Itu yang dilontarkan isteri saya apabila membaca komen-komen yang begitu menyedihkan selepas pengumuman itu.
--Sinar

Ahad, 1 Disember 2013

MUSUH DALAM SELIMUT UZTAZ KAZIM

TAK FAHAM SGT APA YG MEREKA SANGAT SAKIT DENGAN USTAZ KAZIM...?

Prof Agus: Pas HANYA sebuah PARTI, BUKANNYA LEBIH SUCI dari itu, Beri Peluang Kepada Ustaz Kazim

SHAH ALAM - “Berilah peluang dahulu kepada Ustaz Kazim Elias untuk memainkan peranannya membangunkan ummah ini,” luah Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berhubung pelantikan pendakwah terkenal , Mohammad Kazim Elias sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Menurut Agus yang juga merupakan pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pelantikan tersebut harus dilihat dari perspektif yang positif, kerana lantikan itu dapat memberi lonjakan kepada Umno sekali gus dapat menepis tohmahan bahawa Perdana Menteri menolak golongan agamawan dalam menerajui kepimpinan beliau.

“Saya setuju dengan pelantikan Ustaz Kazim Elias sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno. Jika tidak dilantik, nanti ramai pula kata Perdana Menteri menolak agamawan.

“…oleh itu bagi saya kita (masyarakat) perlu memberi peluang terlebih dahulu kepada Ustaz Kazim Elias untuk memainkan peranannya dalam membangunkan ummah ini,” katanya dipetik menerusi laman Facebooknya.

Dalam nada yang sama, Agus menolak tanggapan bahawa seorang ustaz itu perlu menjadi ahli atau penyokong Pas baru ustaz itu dianggap sebagai seorang ustaz yang baik.

“Jangan hanya menganggap seorang ustaz itu perlu menjadi ahli atau penyokong Pas baru ustaz itu baik.

“Saya tidak mendokong idea sebegini kerana dari dulu saya berhujah Pas itu hanyalah sebuah parti politik sahaja, bukannya lebih suci dari itu,” tegasnya.

Baru-baru ini Mohammad Kazim atau dikenali Ustaz Kazim adalah antara sembilan individu yang dilantik sebagai ahli MT baru sepertimana yang diumumkan oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Lapan lagi MT yang dilantik ialah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz; Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin; Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin; Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim.

Turut tersenarai, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani; bekas Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

KEINDAHAN ALAM SEMULA JADI CIPTAAN ALLAH TAALA

Landskap yang mengkagumkan

jom kita melihat serba sedikit keindahan alam ciptaanNYA.

  
The Beauty Pool di Taman Negara Yellostone :
mata air panas membenarkan algae berkilau dan bakteria berkembang untuk
mencipta tatasusunan yang bercahaya.



Elephant Rock di Nevada, Amerika Syarikat :
Formasi batu batu pasir yang terjadi semula jadi.



The Great Blue Hole di perairan Belize :
terhasil akibat pencairan glasier pada zaman ais.

Hiller Lake (Australia Barat) :
Kajian saintis masih tidak boleh menjelasakan mengenai wana merah muda
walaupun sudah terbukti bukan kehadiran algae.



Badwater Salt Flats (California, A.S) :
merupakan titik palign rendah di Amerika Syarikat -282 kaki.
The Wave : Tanah beralun di Utah, AS yang dianggarkan
19 juta tahun dahulu.


Peculiar Pinnacles (Taman Negara Nambung, Australia Barat) :
Stuktur batu kapur yang berketinggian 5 meter berusia 25 000 -
30 000 tahun dahulu selepas laut kering.


The Moeraki Boulders (New Zealand) :
terbentuk dari hakisan pantai.


Pyramid Balls (Pulau Lord Howe New South Wales, Australia):
Tunggul laur yang tertinggi di laut - 562meter yang terbentuk hasil proses
geomorfologi alam semulajadi yang melibatkan angin dan air.
Crater Lake (Oregon, Amerika Syaikat):
terbentuk kira-kira 150 tahun yang lalu akibat dari kejatuhan
Gunung Berapi Mount Mazama.

Bryce Amphitheatre (Taman Negara Bryce Canyon, Utah) :
deretan batu kapur yang terjadi dari hakisan semula jadi.

Puente del Inca (Argentina) : Jambatan batu semula jadi yang meliputi warna jingga terang
dan bakteria kuning (yellow bacteria mats) terjadi oleh mata air sulfur sehingga
menutup dinding batu.

OPS CANTAS KHAS ANGGOTA POLIS DI LIBAS DENGAN PARANG


Menurut sumber, pada awal ketika mangsa dan sepasukan anggotanya tiba di depan rumah terbabit kira-kira jam 11.50 malam seorang lelaki keluar, dalam keadaan mencurigakan.

Mangsa berusia 28 tahun terus keluar dari kenderaan untuk membuat pemeriksaan, sebelum dia tiba-tiba diserang oleh seorang lelaki.

"Lelaki itu melibas objek dipercayai senjata tajam ke arah mangsa menyebabkan siku kanan mangsa cedera.

"Lelaki berusia 20-an itu kemudian melarikan diri dan belum dapat dikesan," katanya, semalam.

Menurutnya, mangsa cedera ringan dan menerima tujuh jahitan di siku kanan.

Sumber itu berkata, berikutan kejadian itu, polis menyerbu rumah tersebut dan menahan seorang wanita warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun.

"Satu paket dadah dipercayai heroin, ditemui dalam bilik rumah itu," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan

GAMBAR POLIS SEDANG MENGESAN 2 MAYAT ADIK BERADIK YG DI BUNUH......