POPULAR DUNIA HIBURAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selasa, 8 Januari 2013

WTF : Saintis Dedah Imej Sotong Gergasi Yang Dirakam Di Lautan Pasifik

TOKYO - Beberapa saintis menyatakan mereka berjaya merakamkan gambar seekor sotong gergasi sepanjang kira-kira lapan meter di dasar Lautan Pasifik.

Pendedahan itu dibuat semalam selepas pihak Muzium Sains Kebangsaan Jepun berjaya membuat penggambaran haiwan laut dalam itu di habitat semula jadi sotong berkenaan buat kali pertama.

Ia merupakan hasil kerjasama dengan stesen televisyen NHK dan saluran Discovery Channel.

Para saintis itu menemui sotong tersebut pada kedalaman 630 meter dengan menggunakan sebuah kapal selam pada Julai tahun lalu sekitar 15 kilometer ke timur Pulau Chichi di utara Lautan Pasifik.



Penyelidik muzium tersebut, Tsunemi Kubodera berkata, pasukan penyelidikannya mengekori sotong besar itu pada kedalaman 900 meter ketika haiwan berkenaan menyelam jauh ke dasar lautan.

Rakaman stesen televisyen NHK menunjukkan haiwan berwarna perak dan bermata hitam besar itu berenang melawan arus laut dengan belalainya melilit umpan sotong.



"Haiwan itu bersinar dan amat cantik," kata Kubodera.

Sebelum ini, Kubodera hanya merakamkan gambar seekor sotong raksasa yang ditangkap dan dinaikkan ke dalam botnya pada tahun 2006. - AFP

COOL - KASUT BERTAPAK GIGI (7 GAMBAR)

Tapak kasut biasanya dibuat dari getah dan bahan komposit. Masalah yang dihadapi ialah tapak kasut akan hasu selepas digunakan selepas beberapa ketika. Mungkin jawapan kepada masalah ini ialah kasut dengan tapak yang lebih keras. Fantich & Young ialah sebuah syarikat rekaan fesyen yang berpengkalan di London England dan mereka menghasilkan kasut dengan tapak yang dibuat dari gigi palsu.


Laporan asal FastCo

Apa dia rokok elektronik dan adakah ianya bahaya?



Rokok elektronik atau “Elecronic Nicotine Delivery Systems” (ENDS) dipasarkan sebagai pengganti rokok dan didakwa tidak menimbulkan bau dan asap. Bentuknya seperti batang rokok biasa, tetapi tidak membakar daun tembakau, seperti produk rokok konvensional, ENDS membakar cairan nikotin menggunakan bateri dan wapnya itu akan memasuki liang paru-paru perokok. Produk itu dipasarkan dengan banyak jenama, di antaranya rokok elektronik, ecigarro, electro-smoke, green-cig, dan smartsmoker.Rokok elektronik sebelum ini dianggap sebagai alternatif yang selamat kepada tabiat merokok. Bagaimanapun, satu penyelidikan terbaru menunjukkan ia juga mampu merosakkan paru-paru bagi mereka yang menggunakannya. Alat itu didapati mengakibatkan kekurangan oksigen yang diserap oleh darah hingga mengakibatkan peningkatan segera dalam rintangan udara paru-paru.

Secara purata, kesan itu akan berlarutan selama 10 minit, kata sebuah laporan yang dibentangkan pada Kongres Tahunan Persatuan Pernafasan Eropah (ERS) di Vienna. Sama seperti rokok biasa, rokok elektronik turut membebaskan nikotin melalui wap berbanding asap dan ia mencetuskan banyak perdebatan tentang keselamatan untuk menggunakannya. Kira-kira 650,000 perokok dipercayai menggunakan rokok elektronik yang menyerupai rokok sebenar dalam usaha membuang tabiat buruk itu. Bagaimanapun buat masa ini, kebanyakan alat itu diimport dari China dan dipercayai tidak menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum ia dijual.

Profesor Christina Gratziou yang mempengerusikan Jawatankuasa Kawalan Tembakau ERS berkata, mereka belum pasti sama ada produk yang mengandungi nikotin tidak diluluskan itu lebih selamat berbanding rokok sebenar walaupun ia didakwa kurang berbahaya. "Penyelidikan ini membantu kita memahami bagaimana rokok elektronik boleh mendatangkan bahaya. "Justeru, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sama ada kemudaratan itu boleh memberi kesan dalam jangka panjang,'' katanya. - AGENSI  

Wanita pelik yang sukar mengenali orang lain walaupun tinggal bersama



Ini memang keadaan yang sangat jarang berlaku, apabila dua wanita bersaudara ini tidak mengenali satu sama lain meskipun hidup bersama, bahkan mereka mengaku sukar untuk mengenali orang lain disekitar mereka.‘Kebutaan wajah’ ini dialami oleh Donna Jones dan Victoria Wardley. Mereka mengaku sukar mengenali orang lain meskipun sudah mengenalinya selama bertahun-tahun. Bahkan mereka juga sukar mengenali wajah mereka sendiri di cermin.

“Ketika saya melihat wajah seseorang, yang saya dapat lihat hanyalah seperti kanvas kosong. Walau sebenarnya masih boleh melihat mata atau hidung mereka. Tapi ketika cuba melihat wajah itu secara keseluruhan, saya tidak dapat mengenali itu siapa,” ujar Victoria (32). “Kami jarang sekali bergambar, kerana tidak berguna. Siapa yang ada dalam gambar itu tidak akan kami kenal,” tambahnya. -mirror.co.uk.

Janin mati dalam kandungan tapi tetap berada dalam perut selama 60 tahun



Beijing - Doktor yang memeriksa seorang perempuan tua China yang berusia 92 tahun, kerana mengadu sakit perut, terkejut ketika mengetahui bahawa wanita tersebut hamil. Perempuan ini mengandung bayi yang belum lahir 60 tahun lalu. Huang Yijun dari china selatan baru baru ini telah merayakan ulang tahunnya yang ke-92. Cerita kehamilan itu berlaku pada tahun 1948.


Ketika kehamilannya, doktor mengesahkan kepadanya bahawa janin kandungannya telah meninggal dunia. Perempuan itu seharusnya dibedah untuk mengeluarkan bayi itu dari kandungannya. Namun dia enggan apabila hospital mengenakan bayaran yang mahal dan dia tidak mampu, lalu dia terus meninggalkan hospital. Sejak itu 'janin' dalam kandungannya tinggal disitu selama 60 tahun. Ketika dikeluarkan, janin itu sudah terbentuk seperti mumia.. huhu.. -CD

Messi catat sejarah lagi



Penyerang Barcelona dan Argentina, Lionel Messi dinobatkan pemenang anugerah Ballon d’Or kali keempat pada malam gala FIFA yang berlangsung di sini, awal pagi tadi. Pemain berusia 25 tahun itu dengan 91 jaringan tahun lalu mengatasi pemain Real Madrid serta Portugal, Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukannya, Andres Iniesta.


Sementara itu, pengurus pasukan Sepanyol, Vicente del Bosque dipilih sebagai jurulatih terbaik 2012 selepas mendahului Pengurus Real Madrid, Jose Mourinho dan bekas pengurus Barcelona, Josep Guardiola. - AFP



VIDEO SINGLE KEDUA PSY, RIGHT NOW SELEPAS GANGNAM STYLE



VIDEO SINGLE KEDUA PSY, RIGHT NOW SELEPAS GANGNAM STYLE - Oopa Gangnam Style menjadi fenomena paling besar dalam dunia hiburan sepanjang tahun 2012, terus peminat kini menantikan karya terbaru PSY yang mampu mencipta impak yang sama hebat.

Dan kedengaran khabar angin Psy mahu menjadikan lagu Right Now sebagai single kedua selepas Gangnam Style.

Popout