POPULAR DUNIA HIBURAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sabtu, 28 Julai 2012

FIFA X BAGI LELAKI & WANITA 1 TEAM

Saturday, July 28, 2012......http://urutbadan-natasha.blogspot.com/

ANTARA SEBAB FIFA TAK BENARKAN PEMAIN LELAKI & WANITA BERCAMPUR DALAM SATU TEAM !! (YANG BERPUASA JANGAN TENGOK...)



pergHHH !! inilah yang akan terjadi apabila menyanyikan lagu kebangsaan negara mereka antara pemain lelaki dan perempuan sebelum bermulanya perlawanan bolasepak 
sebab tu fifa tak benarkan..muahahah


Selamat Berpuasa...

Jumaat, 27 Julai 2012

HARUS AMBIL IKHTIBAR

MIMPI BASAH KETIKA SEDANG BERPUASA.....http://natasha-massagealamalay.blogspot.com/


Ada sebuah pertanyaan yang diajukan pada Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz rahimahullah [1], “Jika orang yang berpuasa mimpi basah di siang hari bulan Ramadhan, apakah puasanya batal? Apakah dia wajib untuk bersegera untuk mandi wajib?”

Beliau rahimahullah menjawab,

“Mimpi basah tidak membatalkan puasa kerana mimpi basah dilakukan bukan atas pilihan orang yang berpuasa. Ia punya keharusan untuk mandi wajib (mandi junub) jika ia melihat yang basah adalah air mani. Jika ia mimpi basah setelah solat subuh dan ia mengakhiri mandi junub sampai waktu zhuhur, maka itu tidak mengapa.

Begitu pula jika ia melakukan hubungan intim dengan isterinya di malam hari dan ia tidak mandi kecuali setelah masuk Subuh, maka seperti itu tidak mengapa. Mengenai hal ini diterangkan dalam hadis yang sahih bahawa Nabi Muhammad SAW pernah masuk Subuh dalam keadaan junub kerana sehabis berhubungan intim dengan istrinya. Kemudian beliau mandi junub dan masih tetap berpuasa.

Begitu pula wanita haidh dan nifas, jika mereka telah suci di malam hari dan ia belum mandi melainkan setelah masuk Shubuh, maka seperti itu tidak mengapa. Jika mereka berpuasa, puasanya tetap sah. Namun tidak boleh bagi mereka-mereka tadi menunda mandi wajib (mandi junub) dan menunda solat hingga terbit matahari. Bahkan mereka harus menyegerakan mandi wajib sebelum terbit matahari agar mereka dapat mengerjakan solat tepat pada waktunya.

Sedangkan bagi kaum lelaki, ia harus segera mandi wajib sebelum shalat Subuh sehingga ia boleh melaksanakan solat secara berjemaah. Sedangkan untuk wanita haidh dan nifas yang ia suci di tengah malam (dan masih dalam waktu Isyak), maka hendaklah ia menyegerakan mandi wajib sehingga ia dapat melaksanakan solat Maghrib dan Isyak sekaligus pada malam itu. Demikian fatwa sekelompok sahabat Nabi Muhammad SAW. Begitu pula jika wanita haidh dan nifas suci di waktu Asar, maka wajib bagi mereka untuk segera mandi wajib sehingga mereka dapat melaksanakan solat Zohor dan Asar sebelum tenggelamnya matahari.

Wallahua'lam.

Demikian Fatwa Syaikh Ibnu Baz rahimahullah [2].
KEKEJAMAN PUAK RAKHAINE TERHADAP ROHINNYA.....

Pada hari ini kita masih mampu tersenyum gembira menyambut ramadhan bersama keluarga, kita mampu bersahur dan berbuka bersama keluarga dan teman-teman, kita masih mampu membuat persiapan menjelang hari raya yg bakal tiba, tapi sedarkah kita masih ada saudara-saudara islam kita di luar sana yg menanggung derita akibat dari kekejaman manusia yg hilang sifat kemanusiaan...

pembunuhan kejam dan rogol, terhadap penduduk islam di burma myanmar semakin berleluasa, dunia hari ini seolah-olah dibutakan dengan kekejaman puak bangsat rakhine,

menurut statistic yg di perolehi dari sumber fb menyatakan
1) 52 ribu umat islam disembelih dlm mase hanye 6 minggu
2) 22 buah masjid dibakar, sebahagiannyer dibakar bersama dgn jemaah ketika menunaikan solat
3) 60 buah kampung islam di bakar...
4) wanita dirogol sampai mati
5) jenazah umat islam tidak dibenarkan di ambil,di tanam..mereke akan humban dlm laut atau dibiarkan hingga di baham anjing2
6) kedai2 mkn tidak dibenarkan menjual mknn pd umat islam
7) sesiapa yg betulkn kembali masjid yg dibakar td akn dihumban dlm penjara.

menurut dari petikan harian metro lebih 1000 yg terbunuh atau kebih tepat lagi di bunuh dengan kejam, apakah sumbangan yg mampu kita berikan sebagai manusia, sebagai umat islam, kita lihat dengan jelas mereka di tindas dan di bunuh dengan kejam, sedang kita masih mampu tersenyum gembira di sini, menantikan aidilfitri yg bakal tiba,

persoalan yg terus menjadi persoalan kenapa isu mamat sepah dan zed zaidi mampu mendapat liputan meluas para blogger dan mampu menjadi trending di twitter hanya dalam masa beberapa jam?

dimana letaknya nilai-nilai kemanusiaan...

apa yg mampu oh! umar katakan sama-sama kita hebahkan agar dunia memandang serius tentang kekajaman puak rakhine terhadap umat islam di burma....

P/s: tak akan malaysia pun nak berdiam diri macam negara lain :)

ETNIK ROHINGNYA

http://79062210.blogspot.com/

1) 52 ribu umat islam disembelih dlm mase hanye 6 minggu
2) 22 buah masjid dibakar, sebahagiannyer dibakar bersama dgn jemaah ketika menunaikan solat
3) 60 buah kampung islam di bakar...
4) wanita dirogol sampai mati
5) jenazah umat islam tidak dibenarkan di ambil,di tanam..mereke akan humban dlm laut atau dibiarkan hingga di baham anjing2
6) kedai2 mkn tidak dibenarkan menjual mknn pd umat islam
7) sesiapa yg betulkn kembali masjid yg dibakar td akn dihumban dlm penjara

Jika Mampu Untuk Berjihad, Pergilah...
Jika Mampu hanya Untuk Menderma, Dermalah,
Dan Jika Hanya Doa Kemampuan Kita, Berdoalah Setiap masa, Kerna Doa Itu Senjata Bagi Orang Mukmin...

YANG KAYA MEMBANTU YANG MISKIN

CHINA !! FOTO !! YANG MISKIN TERUS MEREMPAT !! SYUKUR AKU TINGGAL D MALAYSIA 



Kemiskinan Memaksa Pekerja Di China ‘Menambat’ Anak Mereka Di Tempat Kerja.Walaupun dianggap sebuah kuasa besar dalam ekonomi, ramai rakyatnya masih dicengkam derita kemiskinan.

Pendapatan yang rendah menyebabkan ramai pekerja bawahan di sana tidak dapat membayar untuk khidmat penjagaan anak-anak mereka.

Apa yang menyedihkan, disebabkan faktor tersebut, ramai yang terpaksa membawa sekali anak-anak mereka ke tempat mereka mencari rezeki.

Bukan itu saja, bagi memastikan anak mereka selamat, mereka terpaksa ‘menambat’ anak mereka ketika bekerja.

Mungkin perkataan ‘menambat’ itu agak kasar bunyinya, tapi lihat sendiri gambar-gambar di bawah ini.

 

Bersyukurlah kerana apa yang kita lihat, tidak berlaku di negara Malaysia yang kita cintai ini.


Nah Ini GANGSTER CHINA KAWIN !!






JANGAN MUDAH TRPEDAYA DENGAN HARGA YG MURAH

Ditipu Beli Baju Kurung Di Facebook

Banyak sangat kes penipuan jual barang dalam internet ni. Kenalah berhati-hati, terutama kalau harganya murah sangat tak masuk di akal. Baru-baru ini Impian lima rakan sekerja untuk melaram baju kurung baharu yang didakwa dibeli melalui sebuah kedai pakaian di laman sosial, Facebook bagi menyambut Aidilfitri nanti berkecai setelah pakaian yang dipesan tidak diterima.

Kesemua mereka bertugas di sebuah institut pengajian tinggi di sini kerugian RM520 berikutan 10 pasang baju kurung yang dipesan itu tidak diterima selepas membuat bayaran pada 19 Julai lalu.
Cantiknya baju kurung ini. Cuma gambar hiasan,tiada berkait dengan tajuk diatas
Seorang mangsa, Nohasihida Mat Yazid, 26, berkata, pengendali kedai laman sosial tersebut didakwa telah menutup akaun Facebook tersebut selepas dua hari membuat bayaran.

“Kami amat terkilan dengan taktik pengendali laman Facebook itu yang mengambil kesempatan sempena hari raya ini untuk menipu orang ramai dan hasrat kami untuk membeli baju raya tidak kesampaian,” katanya di sini semalam.

Menurut Nohashida, dia tertarik untuk membeli baju kurung di laman pengendali tersebut ekoran harga yang ditawarkan murah berbanding kedai lain dan pakaian yang ditonjolkan itu cantik serta mempunyai ciri serba moden berlabuci.

“Harga baju kurung yang dijual di kedai pengendali laman sosial itu sekitar RM90 sepasang, jimat RM100 dari kedai di luar dan apabila kita membeli dalam kuantiti lebih 10 pasang, kedai tersebut menurunkan harga kepada RM50 sepasang,” ujarnya.

Mangsa yang ditipu beli barang online di Facebook

myMetro | Beruk suka sarsi

myMetro | Beruk suka sarsi                            KO TA BHARU: “Tapai pulut dan minuman sarsi memang menjadi makanan biasa baginya. Itulah yang dimakannya dan sihat hingga sekarang,” kata seorang lelaki, Aznan Mohd, 26, mengenai beruk kesayangannya yang diberi nama Jaguh.
Jaguh yang berusia lima tahun bersaing dengan 100 beruk lain sebelum muncul juara dalam Pertandingan Beruk Memetik Kelapa yang diadakan di Kampung Melor Lama, di sini. Menurut Aznan, haiwan itu menjadi kesayangannya menyebabkannya begitu menjaga pemakanannya dan memberi perhatian lebih.

Katanya, dia membeli Jaguh ketika berusia setahun dengan harga RM1,000, namun bertuah apabila haiwan itu tidak banyak kerenah.

“Jaguh dianggap haiwan yang baik kerana mendengar kata tuannya. Disebabkan itu saya terlalu sayangkannya.

“Selain tapai, saya juga memberinya minum susu pada waktu pagi termasuk nasi dan kuih-muih. Hanya kadang-kala ia memanjat pokok kelapa,” katanya.

Sempena pertandingan kali kedua itu, orang ramai kebanyakannya dilihat terhibur apabila memerhatikan pelbagai gaya dan telatah haiwan terbabit.


Aznan berkata, pertandingan itu unik dan menjadi sebahagian usaha memperkenalkan aktiviti berkenaan yang sering dilakukan di kampung.

Katanya, ia juga dapat mengeratkan hubungan antara peserta dan penduduk sekitar kawasan.

“Saya gembira melihat ada pemilik beruk dari Besut, Jeli, Gua Musang dan Kuala Krai sanggup datang ke sini untuk menguji ketangkasan beruk mereka,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/27