POPULAR DUNIA HIBURAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rabu, 28 Januari 2015

Tazkirah Pagi Khamis

Sedikit tazkirah untuk hari ini ye..
Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Satu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentu lah tidak, kan.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan
berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.
Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Allah lebih tahu.
Kita tidak tahu.
Mari bertasbih, tahmid dan takbir mengagungkan Allah swt. SEBARKAN tulisan ini agar damai hati-hati yang membacanya..
Tazkirah..
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
-------------
Pinjam 1 minit, baca ayat ni ..
"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah.. 
Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah" 
...... sebarkan kepada kawan & saudara mara.. Awak Akan Membuat Beribu , Malah Berjuta-Juta Org Bersela wat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W .

Jumaat, 16 Januari 2015

Kawasaki ER6 Rempuh Pokok – Penunggang Maut

PicsArt_1421357192870
Jalan 8/154
Cheras, Kuala Lumpur
16 Januari 2015
4 pagi
Nama : Lee Chin Fei, 31, Tmn Bkt Angsana, Cheras   http://715246.blogspot.com/
IMG20150116045605
Kemalangan ini melibatkan sebuah motosikal berkuasa tinggi, Kawasaki ER6N dan sebatang pokok.
Kejadian berlaku di laluan menurun bukit agak curam.
IMG20150116051121
Motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri dan merempuh sebatang pokok.  http://715246.blogspot.com/
IMG20150116045234
Mangsa, Lee Chin Fei, 31 , tercampak bersama motosikalnya.
Lee yang cedera parah di kepala, maut di tempat kejadian.
IMG20150116051224
Lee dalam perjalanan pulang ke rumah, yang tidak jauh dari tempat kejadian, difahamkan sebelumnya bermain futsal bersama rakan-rakan.
IMG20150116050826
Ketika saya tiba di lokasi, isteri Lee telah sampai dan kedengaran esakan tangisannya meratapi kematian orang tersayang.
Beberapa ahli keluarga lain yang tiba, menenangkan isterinya.  http://715246.blogspot.com/
IMG20150116050649
Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.  http://715246.blogspot.com/

Selasa, 13 Januari 2015

Ridhuan Tee Belasah Program Gegar Vaganza!!!

PANASS TAPI BERNAS!!! Ridhuan Tee Belasah Program Gegar Vaganza!!!   http://715246.blogspot.com/

Apa sudah jadi Malaysia? Penulis setuju sangat-sangat dengan tulisan selebriti dakwah televisyen, Dr Ridhuan Tee Abdullah yang mengkritik rancangan realiti di televisyen yang disifatkannya sebagai menjengkelkan melalui adegan-adegan hina untuk tujuan publisiti murahan.

Beliau mempertikaikan kewajaran mengejar tarikan penonton sehingga mengetepikan soal haram dan halal serta dosa dan pahala.

Malah ujarnya, program realiti yang bersifat keagamaan juga tidak semestinya mendatang barakah jika di dalamnya berlaku kemunafikan dan mengabaikan amal makruf nahi mungkar.

Sehubungan itu, Profesor di Univerisiti Sultan Zainal Abdin (UniSZA) itu berkata, ”Bersyukur sebelum musibah melanda. Bukan sebaliknya. Musibah melanda baru insaf. Itupun masih ada yang tidak insaf.”

”Saya diberitahu, adegan program realiti gegar tv, penyanyi berusia dipeluk oleh pelakon muda di atas pentas, atas alasan dibolehkan, kononnya suami atau isteri masing-masing mengizinkan perilaku hina itu,” tulisnya dalam ruangan mingguan beliau di Sinar Harian dengan judul Banjir dan program realiti TV.

”Begitu juga adegan melamar di atas pentas. Bila ditegur, melenting tak tentu pasal. Budaya apakah ini? Sanggup melakukan apa sahaja bagi mengejar rating,” tambah beliau.

Dr Ridhuan turut mengkritik rancangan realiti tv bercorak keagamaan yang disifatkannya sebagai menyedihkan kerana mengetepikan aspek ketinggian ilmu.

Jelasnya, pemilihan para peserta untuk program itu lebih memberi penekanan kepada aspek penyampaian dan menidakkan kepetingan ilmu dan keintelektualan sehingga menyebabkan matlamatnya tersasar jauh.

Beliau menambah, program realiti terbabit mengutamakan peserta yang pandai menyanyi dan melawak, sementara juri hakim tidak memiliki kelayakan ilmu tetapi hanya memberi tumpuan kepada aspek pengucapan awam.

”Kita disuruh seru dengan hikmah, atas nama dakwah. Malangnya krew yang terlibat, majoriti tidak pula diseru untuk sujud dan tunduk kepada Allah. Munafik apakah ini? Barakah apa yang dicari?” tulis beliau.

Tambahnya, ”Janganlah kita beranggapan oleh kerana musibah banjir tidak melanda stesen tv kita, maka Allah redha apa yang kita lakukan. Sudah sampai masanya kita bertaubat.”

Kata Dr Ridhuan, rancangan realiti semakin mengarut termasuk meliputi aspek penajaan.
"Ini belum termasuk kontroversi penaja rancangan yang mempromosikan air jampi. Jika begitulah mujarabnya, bawa sahaja ke penjara, minta banduan minum, selepas itu, bukalah pintu penjara, agar mereka keluar menjadi baik.”   http://715246.blogspot.com/

UFO terhempas punca ikan mati

Okinawa: Objek terbang tidak dikenali (UFO) yang terhempas ke dalam laut di Okinawa, didakwa menjadi punca berjuta-juta ikan mati di perairan kepulauan itu minggu lalu. 

Berjuta-juta ikan mati di perairan kepulauan itu dan setakat ini lebih 50 tan sudah dibersihkan di sepanjang pantai dan beberapa wilayah yang berhampiran. 

Lebih menghairankan bangkai yang ditemui mati itu menunjukkan kesan terbakar dan pendarahan di bahagian mata. 

Laman web Veteran Today melaporkan, wartawan mereka menghubungi dengan sumber boleh dipercayai pemerintah Jepun yang menyaksikan proses mengeluarkan UFO yang terhempas itu. 

Kesan kemalangan UFO 

“Saya dapat mengesahkan bahawa jutaan ikan yang mati di perairan Okinawa adalah kesan daripada ‘kemalangan’ UFO terbabit. 

“Kami mempunyai pakar yang ditempatkan di kapal JS Kurama di laut Jepun yang bertanggungjawab membawa bangkai UFO itu ke permukaan,” kata sumber itu yang dipetik laman berkenaan. 

Sumber itu juga menyatakan Perdana Menteri Jepun sudah dimaklumkan bahawa cecair misteri yang mengalir dari UFO terbabit menyebabkan asap beracun naik ke permukaan laut. 

Katanya, cecair itu bukan saja membunuh ikan tetapi asap yang dihasilkan menyebabkan anggota penyelamat sukar menaikkan bangkai UFO terbabit. Okinawa: Objek terbang tidak dikenali (UFO) yang terhempas ke dalam laut di Okinawa, didakwa menjadi punca berjuta-juta ikan mati di perairan kepulauan itu minggu lalu. 

Berjuta-juta ikan mati di perairan kepulauan itu dan setakat ini lebih 50 tan sudah dibersihkan di sepanjang pantai dan beberapa wilayah yang berhampiran. 

Lebih menghairankan bangkai yang ditemui mati itu menunjukkan kesan terbakar dan pendarahan di bahagian mata. 

Laman web Veteran Today melaporkan, wartawan mereka menghubungi dengan sumber boleh dipercayai pemerintah Jepun yang menyaksikan proses mengeluarkan UFO yang terhempas itu. 

Kesan kemalangan UFO 

“Saya dapat mengesahkan bahawa jutaan ikan yang mati di perairan Okinawa adalah kesan daripada ‘kemalangan’ UFO terbabit. 

“Kami mempunyai pakar yang ditempatkan di kapal JS Kurama di laut Jepun yang bertanggungjawab membawa bangkai UFO itu ke permukaan,” kata sumber itu yang dipetik laman berkenaan. 

Sumber itu juga menyatakan Perdana Menteri Jepun sudah dimaklumkan bahawa cecair misteri yang mengalir dari UFO terbabit menyebabkan asap beracun naik ke permukaan laut. 

Katanya, cecair itu bukan saja membunuh ikan tetapi asap yang dihasilkan menyebabkan anggota penyelamat sukar menaikkan bangkai UFO terbabit. 

Halang media siar 

“Pakar turut menyatakan kebimbangan bahan kimia UFO itu boleh mencemarkan air laut dan membunuh hidupan di sekitarnya. Malah ketika diangkat, air laut di sekitar UFO terbabit mendidih,” kata sumber itu. 

Perdana Menteri Jepun Yoshihiko Noda dilaporkan menandatangani perintah menghalang media di negara itu melaporkan mengenai nahas yang berlaku. - Agensi

P.S / Tak sangka UFO masih lagi melawat bumi hehe..secanggih pesawat UFO pun boleh terhempas.

P.S / Tak sangka UFO masih lagi melawat bumi hehe..secanggih pesawat UFO pun boleh terhempas.Okinawa: Objek terbang tidak dikenali (UFO) yang terhempas ke dalam laut di Okinawa, didakwa menjadi punca berjuta-juta ikan mati di perairan kepulauan itu minggu lalu. 

Berjuta-juta ikan mati di perairan kepulauan itu dan setakat ini lebih 50 tan sudah dibersihkan di sepanjang pantai dan beberapa wilayah yang berhampiran. 

Lebih menghairankan bangkai yang ditemui mati itu menunjukkan kesan terbakar dan pendarahan di bahagian mata. 

Laman web Veteran Today melaporkan, wartawan mereka menghubungi dengan sumber boleh dipercayai pemerintah Jepun yang menyaksikan proses mengeluarkan UFO yang terhempas itu. 

Kesan kemalangan UFO 

“Saya dapat mengesahkan bahawa jutaan ikan yang mati di perairan Okinawa adalah kesan daripada ‘kemalangan’ UFO terbabit. 

“Kami mempunyai pakar yang ditempatkan di kapal JS Kurama di laut Jepun yang bertanggungjawab membawa bangkai UFO itu ke permukaan,” kata sumber itu yang dipetik laman berkenaan. 

Sumber itu juga menyatakan Perdana Menteri Jepun sudah dimaklumkan bahawa cecair misteri yang mengalir dari UFO terbabit menyebabkan asap beracun naik ke permukaan laut. 

Katanya, cecair itu bukan saja membunuh ikan tetapi asap yang dihasilkan menyebabkan anggota penyelamat sukar menaikkan bangkai UFO terbabit. 

Halang media siar 

“Pakar turut menyatakan kebimbangan bahan kimia UFO itu boleh mencemarkan air laut dan membunuh hidupan di sekitarnya. Malah ketika diangkat, air laut di sekitar UFO terbabit mendidih,” kata sumber itu. 

Perdana Menteri Jepun Yoshihiko Noda dilaporkan menandatangani perintah menghalang media di negara itu melaporkan mengenai nahas yang berlaku. - Agensi

P.S / Tak sangka UFO masih lagi melawat bumi hehe..secanggih pesawat UFO pun boleh terhempas.

Wajah Terkini Budak Ayu 20 Sen Dalam Filem Seniman Bujang Lapok (Gambar)

http://79062210.blogspot.com/2012/05/urut-tradisional-batin-lelaki-dan.html

SEHINGGA kini, watak Ayu yang mulutnya perlu ‘ditutup’ dengan wang 20 sen agar tidak membuka rahsia percintaan di antara Sudin dan Zaiton di dalam filem Bujang Lapok terus diingati.

Tidak ramai yang mengambil peduli siapa empunya diri, apatah lagi untuk mengetahui nama sebenarnya, tetapi karakter Ayu tetap popular sehingga gambar aksinya meminta 20 sen daripada Zaiton dan Sudin dimuat naik secara meluas di laman sosial sebagai sebahagian daripada jenaka sewaktu kenaikan harga minyak dalam jumlah yang sama tidak lama dulu.

Mungkin tidak ramai yang tahu, berdasarkan sumber dari portal Utusan Online, Ayu yang dahulunya nakal dan sering berseluar pendek tanpa berbaju, kini sudah pun berusia 61 tahun dan sedang menanti kelahiran cucunya yang kelima.  http://79062210.blogspot.com/2012/05/urut-tradisional-batin-lelaki-dan.html

Seperkara lagi yang tidak ramai pihak tahu, pemilik nama Sri Rahayu Sudarmaji itu adalah anak kepada pengarah filem yang mempunyai hubungan cukup rapat dengan P. Ramlee, S. Sudarmaji.

Menceritakan detik bagaimana dia ditawarkan berlakon, Ayu berkata ketika berusia empat tahun setengah, bapanya sebaik sahaja pulang dari studio memberitahu yang P. Ramlee mahu mengambilnya berlakon.

“Disebabkan saya menganggap semua yang bekerja di Jalan Ampas termasuk jurusolek terdiri daripada pak cik dan mak cik kawan bapa, saya tidak takut dan terus memberi persetujuan.

“Adegan pertama ketika P. Ramlee membelanja Rokiah dan 10 lagi adik-beradiknya makan. Saya menjadi adik Rokiah dan melompat-lompat di atas meja makan restoran tersebut.

“Hanya selepas itu, rambut saya dipotong pendek seperti lelaki dan kemudian, barulah adegan-adegan lain dilakonkan. Tiada masalah buat saya dengan watak sebegitu kerana sewaktu kecil, saya memang tidak suka berbaju seperti dalam filem itu,” katanya.

Ayu menambah, sewaktu adegan Sudin dan Zaiton berbincang di bawah sampan mengenai perkahwinan mereka, beliau menghadapi kesukaran untuk menuturkan dialog akibat mengantuk.

“Rakaman dijalankan pada pukul 12 malam menyebabkan saya tidak dapat fokus. Setelah berkali-kali gagal, P. Ramlee menghentikan rakaman untuk berehat dan kami minum kopi ‘o’ (Minuman kegemaran P. Ramlee). Apabila habis saja minum kopi, saya terus dapat melakukannya tanpa ada masalah,” katanya.

Bagaimanapun tugas Ayu sebenarnya tidak terhenti di situ. Beliau selepas itu perlu menjalani proses ‘dubbing’ untuk memasukkan suara.

“Saya duduk berdua dengan ayah di bilik rakaman itu. Apabila sampai adegan yang memerlukan saya bersuara, ayah akan menepuk di bahagian belakang badan sebagai isyarat supaya saya bercakap, sama seperti yang dituturkan ketika berlakon,” katanya.

Sementara itu, beliau mengakui tidak ramai daripada kenalannya tahu dirinya adalah Ayu yang cukup menarik perhatian di dalam filem tersebut.

“Bekas rakan sekerja tidak tahu, malah jiran pun sama. Jiran di sebelah rumah ini pun hanya mengetahui tentang perkara itu setelah saya terserempak dengan pelakon drama, Osman Zailani yang selalu datang ke rumahnya pada setiap kali Ramadan,” katanya yang kini menetap di Kuala Lumpur.http://79062210.blogspot.com/2012/05/urut-tradisional-batin-lelaki-dan.html

Sabtu, 3 Januari 2015

selamat menyambut maulidul rasul semoga tahun 2015 lebih bermakna,tambah rezeki dan kesihatan yang baik hingga ke jannah admin juga baru hilang dari batuk2 yg di kurniakan allah taala ,alhamdulillah dengan berkat kesabaran dan ikhtiar alternatif selain ubat2 tan doktor sudah berkurangan....amin yarabbal alamin....