POPULAR DUNIA HIBURAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khamis, 23 Januari 2014

TAZKIRAH PETANG

Assalamu’alaikum..

PEDOMAN BERSAMA UTK SEMUA

1.    Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu2 jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..

» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.

3   Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami / Isteri

1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.

2. Barang siapa yang tidak men-doakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka.  Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.

3. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.

4. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sdg menaiki kndraan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini”  Jadi, jangan lupa bagi salam.

5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan/zakat.

6.    Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.

7. Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.
Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

8. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak ber-sedekah.

9. Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya.  Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasanya.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebut-lah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.

10. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mem-bersihkan kita sebelum dia meng-ambil kita.

ANAK2 BERMASALAH

LARI DARI RUMAH

1. Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

2. Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.

DEGIL

1. Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK

» Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibubapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.

Oleh Krna KmU Slh Se0rang Yg Sy Syg...
Dngn Niat Baik Atas Nm Tuhan:
"Yaa TUHAN... Orang Yg M'baca Ini Adalah Org Yg Baik & Setia, Kuat‥
Sabar‥
Sayangilah Dia Serta Kasihilah Dia‥
Tolong Bantu Tingkatkan Kehidupannya‥
Mudahkan Rezekinya‥
Sihatkan TuBuH Badannya‥
Jika Dia Melangkah‥
Selamatkanlah  ‥
Mudahkan Langkahnya‥
Aaminn…
Kirim Ke-9 Teman Yg Kmu Sayangi Dalam Waktu 9 Minit‥
Hidupmu Akan Bahagia Kerana 9 Orang Itu Juga akan Mendoakanmu…


Rahsia Gerakan Condong

Rahsia Gerakan Condong Michael Jackson Didedahkan  Pasti semua pernah melihat bagaimana Michael Jackson melakukan pergerakan berdiri secara condong seperti gambar di bawah. Sebenarnya beliau telah mencipta satu kasut khas yang telah pun dipatentkan atas nama beliau dengan nombor U.S. Patent 5,255,452. Patent ini boleh dilihat melalui  http://715246.blogspot.com/


Kasut ini mempunyai reka bentuk tapak yang unik dan ia akan disangkutkan pada sejenis paku di atas lantai untuk menghasilkan ilusi anti graviti tersebut. Oh, sekarang barulah admin tahu macam mana MJ melakukan gerakan yang boleh dikatakan amat mustahil untuk dilakukan oleh manusia biasa.  http://715246.blogspot.com/


Selasa, 21 Januari 2014

Budak perempuan 5 tahun ditemui mati

http://715246.blogspot.com/

Inilah Perbuatan Kejam ~ Budak perempuan 5 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh Dengan Kejam  DUNGUN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan lima tahun ditemui mati dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Permint, Seri Paka Fasa Dua di sini, jam 3.20 petang tadi.

Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan perumahan itu, sebelum terhidu bau busuk dari arah rumah berkenaan.

Sumber Gambar: Twitter MycrimeWatch

Pengawal keselamatan itu yang memasuki rumah berkenaan kemudian terkejut menemui mayat kanak-kanak berkenaan yang tidak berseluar dan berlumuran darah berhampiran tandas rumah berkenaan.

Pengawal kesekamatan itu kemudian melaporkan kepada majikannya sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaakob mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan. -Berita Harian

Rabu, 15 Januari 2014

Mayat Arieal Sharon Tidak Diterima Bumi Allah

http://715246.blogspot.com/  
TEL AVIV - Isnin lalu, ketika pembunuh masyarakat Islam Palestin, Ariel Sharon hendak dikebumikan, utara Israel telah mengalami gempa bumi berukuran 3.5 skala Richter 

Di saat para pemimpin dan orang-orang kenamaan antarabangsa sedang memberi penghormatan terakhir kepada salah seorang pengasas negara Yahudi itu, penduduk utara Galilee melaporkan kepada Ynetnews.com bahawa gegaran itu mulai dapat dirasai sekitar waktu tengah hari. 

Berita mengenai gempa bumi itu telah disahkan oleh Institut Geofizik Israel. 

Masya'Allah… apakah itu petanda bumi tidak menerima Ariel Sharon dan bayangkan azab yang menanti pemimpin Yahudi lakhnatullah berkenaan. 

" SAYA bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…" Itulah antara baris ayat Ariel Sharon. 

Namun di hari pengebumiannya, bumi bergegar. 

Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai 'Penyembelih Beirut' itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel. 

Sharon yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006 terkenal kerana kekejamannya yang dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon. 

Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut. 

Ketika itu, tentera Israel menceroboh sebahagian Lebanon untuk mengusir pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin. 

Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut. 

Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986. ~mynewshub http://715246.blogspot.com/

dikurung dan diperkosa

http://715246.blogspot.com/

(Gambar) Jururawat dikurung dan diperkosa kenalan Facebook  Subang Jaya: Seorang jururawat berusia 25 tahun terpaksa mengambil masa empat hari untuk mencari jalan meloloskan din daripada menjadi ‘tawanan’ seorang Romeo Siber yang mengurungnya di sebuah rumah di Seksyen 19. 


Mangsa yang dikurung sejak Sabtu lalu dan tidak mempunyai akses untuk menghubungi orang luar berjaya melarikan diri kira-kira jam 4 pagi semalam selepas menemui kunci pendua rumah itu hasil usahanya sejak dia mula dikurung suspek.


Dalam keadaan keletihan, mangsa juga dilapor terpaksa berjalan hampir 200 meter sebelum dibantu orang awam yang menghantarnya ke Balai Polis Subang jaya bagi membuat laporan mengenai kejadian itu.
Menurut sumber, sepanjang dikurung, mangsa mendakwa dirogol beberapa kali oleh lelaki berusia lewat 40-an itu, selain gambar b0gelnya turut dirakamkan lelaki terbabit.

Difahamkan Romeo Siber yang hanya bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikatat swasta itu juga dipercayai sudah memperdaya sekurang-kurangnya tiga wanita muda melalui Facebook (FB) sejak enam bulan lalu dengan menggunakan modus operandi sama.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber itu berkata, mangsa dilaporkan mengenali suspek melalui laman FB sejak Oktober lalu.

“Suspek dilapor menggunakan kata-kata manis dan pelbagai janji menyebabkan mangsa terpikat untuk berkenalan sebelum dijerat untuk bertemunya. “Selepas beberapa kali berjumpa, mangsa dijerat suspek untuk dibawa ke rumahnya sebelum dikurung dan dirogol” katanya.

Sumber itu berkata, bagi mengelak mangsa melarikan diri ataupun menghubungi orang luar untuk mendapatkan bantuan, suspek merampas telefon bimbit milik mangsa terbabit.
“Menggunakan telefon mangsa, suspek juga dilaporkan merakamkan gambar b0gel mangsa berkenaan sebelum mengugut untuk menyebarkannya jika dia melarikan diri,” katanya.
Katanya, penderitaan mangsa berakhir selepas dia menemui kunci rumah berkenaan sebelum melarikan diri ketika suspek tidur.

Sementana itu, ketua polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi berkata, mangsa bernasib baik kerana berjaya melarikan diri.
“Dia (mangsa) yang dibantu orang awam dibawa ke balai polis berhampiran,” katanya kes berkenaan sedang disiasat mengikut Seksven 376 Kanun Keseksaan (KK).

Yahaya berkata, sepasukan polis yang menerima laporan segera bergegas ke rumah suspek, namun gagal menemuinya. “Bagaimanapun usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya.
Beliau berkata, mangsa juga sudah dirujukkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan diberikan rawatan lanjut.-HM  http://715246.blogspot.com/

Jumaat, 10 Januari 2014

http://715246.blogspot.com/  

Layakkah mereka bergelar Ketua Agama Islam?  Menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing, manakala Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Agama Islam bagi negeri baginda, negeri yang tidak mempunyai Raja dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Peruntukan sama wujud dalam perlembagaan negeri.Peranan Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam adalah merupakan suatu tradisi yang menjadi amalan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Ia juga merupakan satu hak dan tanggungjawab Raja-raja untuk memelihara kesucian Agama Islam. Sebagai contoh, di dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ada disebut ikrar baginda untuk memelihara kesucian Agama Islam. “…Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” – Petikan sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong).
Raja Muda Selangor melawat Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang


Bukan hanya Yang di-Pertuan Agong, malah semua Raja-raja Melayu berikrar untuk memelihara kesucian Agama Islam semasa mengangkat sumpah.

Kita sebagai rakyat pula sentiasa diingatkan untuk mentaati Raja-raja. Setiap kali khutbah Jumaat dibacakan, lazimnya dalam doa kedua khutbah ada dibacakan doa untuk Raja-raja dan pasangan mereka, pewaris takhta serta putera puteri Sultan dan cucu-cucu baginda.


Sultan dan Raja Muda Selangor berbuka puasa dan merasmikan Masjid 

Bukan setakat doa kepada Raja-raja, tetapi khutbah Jumaat juga disediakan teks untuk mengingatkan rakyat untuk mentaati Raja, contohnya khutbah Jumaat Negeri Perlis pada 18 Mei bertajuk “Raja Berdaulat, Perlembagaan Dijunjung, Sejahtera Rakyat, Negeri Disanjung”. Sebelum itu, pada 13 April pula, khutbah Jumaat yang dikeluarkan JAKIM adalah bertajuk “Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong Tonggak Perpaduan Ummah”. Sememangnya rakyat sentiasa diingatkan Raja-raja adalah Ketua Agama Islam di bumi Malaysia ini dan oleh itu perlu menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi.

Persoalannya, apakah sebenarnya peranan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam? Adakah hanya berperanan berbuka puasa di Masjid-masjid atau merasmikan masjid dan surau yang baru?

Artikel Cicit Daeng bertarikh 23 Julai 2012 bertajuk Jauhi Pintu Raja kata Imam Syafi’i menyingkap kisah Raja Arab Saudi dan kaum kerabatnya yang tidak terlepas daripada melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran Islam walaupun digelar Custodian of the Two Holy Mosques atau Penjaga Dua Masjid Suci. Di Arab Saudi atau di bumi Malaysia ini, sama saja tingkah laku Raja-raja Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam, begitu juga dengan kaum-kerabat mereka. Jika Raja Arab dan kerabatnya melakukan maksiat dan kemudiannya berselindung disebalik jubah mereka, tiada bezanya Raja-raja Melayu dan kerabatnya yang melakukan maksiat dan kemudiannya berselindung disebalik baju Melayu dan songkok – terus nampak islamik!

Tidak banyak untuk dibicarakan dalam blog entry kali ini. Biarlah gambar-gambar yang berbicara dengan sendirinya. Diharapkan Perkasa akan terus memperjuangkan taat setia dan sanggup ke titisan darah yang terakhir bagi melindungi Raja-raja Melayu, seperti yang dijanjikan semasa perisytiharan perhimpunan “Raja Berdaulat Kasih Dijunjung” pada 29 April yang lalu.


Raja Muda Selangor, Tengku Amir bersama ibunya Lisa Davis (atau Nur Lisa Idris) dan teman wanitanya
Bercuti di Pulau Redang bersama kekasih. Dinner tidak lengkap tanpa air




Berpicnic di London bersama kekasih hati, tidak ketinggalan air
Party, party, party! Itu telah menjadi darah daging kebanyakan anak cucu Ketua Agama Islam bumi Malaysia


AWAS 18SX
Mungkin kah wanita bernama Stephanie Hancox ini bakal menjadi Tengku Ampuan Selangor?
 
Tatkala rakyat negeri Selangor sedang menadah tangan meng’amin’kan doa untuk Raja Muda Selangor pada setiap hari Jumaat, mungkin pada masa itu baginda sedang bergembira di disko dan membasah tekak dengan minuman champagne Moët & Chandon. Mungkin juga tatkala khutbah Jumaat dibacakan untuk mengingati rakyat jelata untuk mentaati Raja-raja Melayu kerana mereka itulah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri di bumi Malaysia ini, mungkin pada masa itu baginda sedang sibuk melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Raja sebagai Ketua Agama Islam di Malaysia dan diamanahkan kepada mereka menjaga kesucian agama Islam. Dimanakah dan benarkah kesucian Islam terjaga dan adakah mereka berkelakuan sebagai seorang Islam yang sebenarnya? Tidak berniat menuding jari kepada semua raja-raja tetapi bukti berupa gambar yang anda lihat tidak seteruk mana mata kami melihat dan teramat memalukan dan menjijikan untuk dipertontonkan kepada semua.Walaupun begitu kesedaran harus wujud bahawa masyarakat & rakyat Malaysia jemu dengan mainan kata-kata dan berlagak seperti Khalifah Islam oleh mereka dan kononya menjaga kesucian Islam tetapi kerana mereka juga terpalit hina kesucian Islam. 

Satu Contoh dari Beratus Keping Gambar Pesta Seks & ArakNantikan pendedahan siapakah lelaki yang terlondeh seluarnya dan aksi sebenar beliau. Walaupun ada raja yang tidak terlibat dalam skandal dan menjalankan tanggungjawab mereka sebgagai Ketua Agama Islam Negeri mereka.Tetapi lebih ramai Raja dan bakal raja yang bersifat kurang senonoh yang bakal menduduki Jawatan Tertinggi Ketua Agama Islam di Malaysia. Memandangkan ianya bulan ramadhan, maka kami tidak akan mendedahkan bukti bergambar (18SX) seperti Pesta Seks melibatkan Raja & rakan-rakannya dalam keadaan yang mabuk, Raja berkelakuan seperti seorang “Gay” dan lain-lain lagi. Nantikan pendedahan seterusnya yang bakal membuka mata rakyat Malaysia dan kita hanya akan malu tertunduk menyembah manusia bergelar raja yang bersifat seperti itu. Jelas mereka adalah golongan yang berpura-pura memelihara Islam tetapi adalah perosak kesucian Islam itu sendiri. http://715246.blogspot.com/

Jumaat, 3 Januari 2014

HUKUMAN HUDUD YG AKAN DI JALANKAN DI BRUNEI

http://715246.blogspot.com/   Cerita Panas Harian Brunei
Baca kerana ini penting

Assalam, Inshaa Allah Start bulan 4 tahun dapan, isteri-isteri di negara Brunei di wajibkan pakai tudung menutup aurat. Bertudung labuh sikit, jgn nampak bentuk b/dada, pakaian jgn fit/hanging, klu pakai seluar jgn fit.

Boleh kena dakwa tu. Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013.
http://715246.blogspot.com/

LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN
ATAU SEBALIKNYA 198

(1) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa alasan yg munasabah adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam untuk tujuan yg tidak bermoral adalah melakukan
suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.


TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236

(1)mana2 orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan
gagal untuk memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya sekali.


KHALWAT 196.

(1) Mana-mana orang Islam yg melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan
suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan
orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(3) Dalam bab ini
KHALWAT bermakna
(a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau
(b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat,


TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194.

Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syar'ie atau tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak
melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.


TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195.

(1) Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap apa jua tembakau ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang yg menjual atau menghidang ada jua makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu
tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali.

(3) Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas.

(4) Jika mana-mana orang yg gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya
hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa
kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan
itu dilakukan.
http://715246.blogspot.com/

HUKUMAN ZINA 69.

(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut -
(a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau
(b)jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.

(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan-
(a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

(3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1).

(4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2).


HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR

BALIGH. 70. Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan-

(a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3tahun; atau

(b) dibuktikan dengan keterangan selain daripada yg diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

Khamis, 2 Januari 2014

KEPALA TERSEPIT DI KERUSI

http://715246.blogspot.com/  Ramai pula pelajar2 sek yg tersangkut kepalanya di celah2 kerusi tidak  ketinggalan juga para penjaga murid2 yg tersangkut kepalanya di kerusi pun ada....mungkin ini akan bermusim sempena sesi pembukaan sekolah,lihatlah di bawah gambar2 kepala yg tersangkut di kerusi http://massagewommen.blogspot.com/ 
http://715246.blogspot.com/
http://715246.blogspot.com/
http://715246.blogspot.com/
http://715246.blogspot.com/