POPULAR DUNIA HIBURAN
Selasa, 31 Julai 2012
Only In Penang. Promosi Arak Besar-Besaran sempena Aidilfitri pose http://urutbadan-natasha.blogspot.com/
SYABAS NAJIB - MALAYSIA PUSAT CETAKAN AL QUR'AN KEDUA TERBESAR DI DUNIA..!! pose http://urutbadan-natasha.blogspot.com
Isnin, 30 Julai 2012
Gambar Di Hospital Mula Tersebar, Norish Karman Lahirkan Anak Siapa? pose http://urutbadan-natasha.blogspot.com/
Norish Karman Enggan Jawab Isu Gambar Lahirkan Anak, Serah Pada Tuhan pose http://urutbadan-natasha.blogspot.com
Ahad, 29 Julai 2012
Berita | Tempatan |
KUALA LUMPUR, 27 JULAI 2012: Pelakon serta Presiden Seniman, Zed Zaidi akui terharu selepas melihat sendiri proses kelahiran putera sulungnya yang selamat dilahirkan secara pembedahan di Hospital Tropicana Medical Centre, Kota Damansara kira-kira jam 9.30 pagi tadi.
Malah, Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil merasakan ia pengalaman yang sangat berharga apabila dia dapat melalui saat-saat getir bersama isterinya, Natalia Mustafa Kamal ketika melahirkan putera sulungnya yang bernama Ryan Ziqry.
"Alhamdulilah, saya berasa terharu kerana dapat melihat sendiri proses isteri saya melahirkan anak sulung kami. Isteri saya terpaksa melalui pembedahan kerana bayi kami agak besar iaitu seberat 4.32 kilogram.
"Pada mulanya ramai yang menasihati saya suapaya tidak melihat proses bersalin itu kerana takut saya akan mual dan muntah. Namun, saya bersyukur kerana saya dapat bersama isteri saya sepanjang proses itu berlangsung dengan menggenggam tangannya supaya dia kuatkan semangat.
"Paling saya tidak boleh saya lupakan ketika isteri saya dibedah, darah yang terpancut terkena juga kepada saya," ceritanya ketika dihubungi murai.com.my
Teruja dengan kelahiran putera sulungnya itu, Zed Zaidi berkata dia sudah pun meletakan nama bayinya Ryan Ziqry sejak dia dalam kandungan lagi.
"Sejak kami tahu yang isteri disahkan hamil anak lelaki, saya dan isteri terus memilih nama bayi kami. Saya menamakan nama Ryan kerana saya mahukan huruf R di depan seperti nama saya iaitu Rozaidi.
"Manakala nama Ziqry adalah pilihan isteri saya sendiri yang bermaksud rezeki dalam Islam,"katanya.
Bakal memikul tanggungjawab yang lebih besar sebagai suami dan bapa, Zed Zaidi memberitahu dia perlu berusaha keras mencari rezeki untuk membesarkan dan mendidik cahaya mata pertama dalam keluarganya itu.
"Saya harap anak saya bakal menjadi anak yang solehah dan saya pula akan pikul tanggungjawab yang lebih besar lagi selepas ini untuk membesarkannya," tambahnya lagi.
Zed Zaidi dan Natalia telah mendirikan rumah tangga pada 29 April tahun lalu.
Gambar Baju Yang Dipakai Rasulullah Dan Puterinya pose by http://urutbadan-natasha.blogspot.com/
HEBATNYA RASULULLAH SAW MENDIDIK PUTERINYA FATIMAH AZ ZAHRA.....SUPAYA TIDAK BERMEWAH.....DAN LUPA DIRI......WALAUPUN DIRINYA ANAK SEORANG NABI...DAN PEMIMPIN YANG TERTINGGI.......
Saiyyidina Ali bin Abi Thalib Karamallahu wajhahu... merupakan menantu kesayangan Nabi saw dan isterinya, Fatimah Az-Zahra pula merupakan puteri kesayangan Nabi saw..jika diikutkan budaya dan trend masyarakat moden hari ini maka kedudukan mereka sebagai anak dan menantu kepada Nabi saw seorang pemimipin.... seseorang yang berkuasa..yang memegang pemerintahan...yang memegang kekayaan negara sudah pasti mereka berdua hidup di dalam kemewahan dengan harta yang berlimpah.
Namun perkara itu tidak berlaku..kepada puteri dan menantu Nabi saw...apabila ada riwayat yang menyatakan bahawa mereka berdua hidup di dalam serba kesederhanaan...dan adakalanya berlapar perut kerana ketiadaan makanan.
Imam At-Tabari di dalam kitabnya Al-Ausad ada meriwayatkan suatu hadis :
قال عمران: فرأيت صفرة قد ظهرت على وجهها، وذهب الدم، فبسط رسول الله صلى الله عليه وسلم
بين أصابعه ثم وضع كفه بين ثدييها، فرفع رأسه فقال ﴿الله مشبع الجوعة، وقاضى الحاجة، ورافع الوضيعة، لا تجع فاطمة بنت محمد﴾.
فرأيت صفرة الجوع قد ذهبت عن وجهها، وظهر الدم، ثم سألتها بعد، فقالت ﴿ما جعت بعد ذلك أبدا﴾رواه الطبرانى فى الأوسط
Ertinya:
Menurut cerita Imran bin Husain, Pernah satu hari, Fatimah r.anha muncul di hadapan Rasulullah dengan wajah kekuning-kuningan dan pucat akibat kelaparan. Rasulullah lalu berkata, “Mari ke mari mendekati aku..wahai Fatimah.”
Kemudian Baginda saw berdoa, “Ya Allah yang mengenyangkan orang yang lapar dan mengangkat orang yang jatuh, janganlah engkau laparkan Fatimah binti Muhammad.”
Imran kemudian menyatakan, “Darah tampak kembali di wajahnya dan hilanglah kekuning-kuningannya. ..dan pucat di wajahnya”
Begitulah keadaan puteri nabi saw yang merasa lapar kerana menjaga dirinya agar tidak mengambil hak yang bukan miliknya....kerana sifat kenyang itu...selalunya melupakan kita dengan Allah...lantaran nafsu yang membiak dengan makanan yang lazat dan mewah.
Di dalam satu riwayat lain yang diriwayatkan oleh Imam At-Thabrani..dengan sanadnya datang daripada Saidina Hussin daripada Fatimah r.anha
وروى الطبرانى بسند حسين عن فاطمة أن النبى صلى الله عليه وسلم أتاها يوما فقال ﴿أين ابناى?﴾يعنى الحسن والحسين، قالت: أصبحنا وليس فى بيتنا شئ يذوقه ذائق فقال على: أذهب بهما؛ فإنى أخاف أن يبكيا عليك وليس عندك شئ! فذهب بهما إلى فلان اليهودى، فتوجه إليه رسول الله صلى الله عليه وسلم فوجدهما فى سربه بين يديهما فضل من تمر.
فقال يا على: ألا تنقلب بابنى قبل الحر?! قال: أصبحنا وليس عندنا شئ، فلو جلست يا رسول الله حتى أجمع لفاطمة بعض تمرات، فجلس رسول الله صلى الله عليه وسلم حتى اجتمع لفاطمة شئ من تمر، فجعله فى حجره، ثم أقبل فحمل النبى صلى الله عليه وسلم أحدهما، وحمل على الآخر حتى أقبلها
Ertinya:
Suatu hari Rasulullah saw datang mengunjungi Fatimah, dan mencari cucu-cucunya...lalu baginda bertanya:
Di mana cucu-cucuku?
Saiyidatina Fatimah menjawab,
“Pagi ini tidak ada sesuatu di rumah kami yang dapat dimakan, sehinggakan Ali mengatakan,’Saya akan pergi dengan Hassan dan Hussin ke rumah seorang Yahudi.”(untuk mengambil upah menceduk air..dan bayarannya satu cebok air sebiji kurma)kerana aku takut sekiranya anak- anak kita ini menangis sedangkan tiada apa yang boleh kita berikan untuk mereka makan.
Rasulullah kemudian menyusul mereka dan melihat kedua cucunya sedang bermain dengan sisa kurma. Rasulullah saw bertanya,
“Wahai Ali, mengapa engkau tidak menyuruh kedua cucuku ini pulang sebelum mereka kepanasan?”
Saiyyidina Ali menjawab,
“Pagi ini tak ada sesuatu pun yang boleh kami makan di rumah. Bagaimana jika engkau duduk dulu, wahai Rasulullah, sehingga selesai kerjaku dan aku dapat mengumpulkan buah tamar hasil dari upahku mengangkat air untuk diberikan kepada Fatimah?”
Begitulah yang dilakukan Ali bin Abi Thalib, pejuang Islam yang perkasa...menantu kepada pemimpin yang berkuasa.... Ia tidak merasa segan menimba air untuk seorang Yahudi, dimana untuk setiap timba ia akan mendapat sebutir kurma. Setelah terkumpul buah kurma yang mencukupi untuk dia dan keluarganya, dia pun pulang ke rumah.
Saidina Ali r.a menantu kesayangan Nabi saw ...mungkin boleh meminta daripada nabi saw agar ayah mertuanya iaitu Nabi saw memberikannya kekayaan....dari sumber Negara.....mungkin dari harta baitul mal.....atau apa sahaja peluang dan ruang yang boleh digunakan sementelah kedudukannya yang rapat dengan Nabi saw.....namun peluang itu...tidak digunakan oleh Saiyidna Ali kerana beliau seorang sahabat dan menantu nabi saw yang beriman dan bertaqwa...tidak mungkin baginya membuat sesuatu yang menjadi kemurkaan Allah dengan mengambil harta yang bukan haknya.
Imam Al-Ghazali pula ada meriwayatkan tentang suatu kisah di mana
suatu hari Rasulullah pergi bermusafir. Di saat itu pula...Saiyidina Ali r.a baru mendapat ghanimah (harta rampasan perang), lalu membawanya kepada Saiyidatina Fatimah.
Harta rampasan perang itu memang menjadi hak Saiyidina Ali sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam maka Saiyidina Ali telah memberikan dua gelang perak kepada isterinya yang tercinta itu,begitu juga Saiyidatina Fatimah menggantungkan kain tirai hasil rampasan perang di atas daun pintu rumah mereka.
Apabila Nabi saw pulang dari musafirnya dan memang menjadi salah satu kebiasaan Rasulullah ketika pulang daripada musafirnya adalah...Baginda saw selalu singgah ke rumah puterinya yang tercinta...Saiyidatina Fatimah .
Apabila Baginda saw melihat di kedua pergelangan tangan Fatimah puterinya itu dua utas gelang perak... Baginda saw merasa kurang senang lalu keluar meninggalkan rumah puterinya itu.
Saiyidatina Fatimah yang menyedari gelagat ayahnya itu menangis teresak-esak kerana yakin yang dirinya yang telah menyakiti perasaan ayahandanya yang amat tercinta itu.. Lalu Saiyidatina Fatimah pun memanggil Hasan dan Husein. Diberikannya kepada mereka gelang perak dan tirai baru yang didapatinya dari Saiyidina Ali, lalu disuruh kepada kedua puteranya untuk menyampaikannya kepada Rasulullah saw
Fatimah Az-Zahra berpesan, “Pergilah kalian ke tempat ayahku, ucapkan salam kepadanya dan katakan kepadanya, ’Kami tidak akan melakukannya lagi, dan ini kami serahkan kepadamu.”
Apabila Rasulullah saw menerima pesanan tersebut, ia pun mencium kedua cucunya, memeluk mereka, lalu mendudukkan mereka masing-masing di atas pahanya.
Lalu gelang perak itu dibahagi-bahagikan kepada sekelompok Muhajirin yang tak punya tempat tinggal dan harta.
Sedangkan tirai itu pula dibahagikan kepada rakyat Nabi saw lantaran ada diantara mereka yang tidak berpakaian.
Kemudian Rasulullah berdoa, “Allah mengasihi puteriku Fatimah. Sungguh Allah akan memberikan kepadanya pakaian syurga dengan sebab tirai ini, dan akan memberinya perhiasan syurga dengan sebab kedua gelang ini.
Begitulah hebatnya Nabi saw mendidik puterinya dan menantu baginda...agar tidak menginginkan kekayaan dan kemewahan....dengan kuasa dan pangkat yang diberikan oleh Allah taala.....jangan disalah gunakan untuk mengumpul kekayaan di atas penderitaan rakyat yang miskin dan berkaki ayam serta tidak berpakaian.
“Ke arah Negara Islam yang berkebajikan”
PERGOLAKAN ETNIK ROHINGNYA & RAKHAIN
PENYEMBELIHAN ISLAM ROHINGYA !! AAKJ & TEAM NADI RAKYAT TAWAR DIRI KE SANA !!
"...Beberapa hari lepas, ibu bapa muslim Rohingya melepaskan bayi-bayi dengan bot mengharapkan anak mereka selamat setelah sememangnya tak ada cara lain untuk menyelamatkan anak-anak ini memandangkan mereka sendiri akan terbunuh dalam masa terdekat.
Pembunuhan kian rancak dijalankan untuk memastikan etnik muslim Rohingya yang dahulunya dalam lingkungan 6 juta orang kini tinggal hanya dalam lingkungan 800 ribu orang, habis lenyap dari bumi Myanmar. Tua, dewasa, kanak-kanak bayi...tak kira la lelaki atau perempuan semuanya dibunuh. Dijangkakan sudah dalam lingkungan seribu lebih perempuan DIROGOL sampai mati, ada yang disembelih, kanak-kanak diikat tangan dan dibuang dalam sungai, bayi turut dibunuh...Manakala mayat mereka dibiarkan sahaja digigit dan dimakan anjing-anjing liar.
Terdapat kira-kira dua ribu dari kalangan mereka berada di sempadan Myanmar Bangladesh berteduh di bawah pokok-pokok untuk menunggu peluang ke Bangladesh... Namun pihak Bangladesh sudah bersiap sedia dengan tentera di sempadan untuk menembak mana-mana di kalangan mereka yang cuba melarikan diri ke negara tersebut..."
Ini antara ungkapan atau tulisan atau luahan d dalam dunia maya akhir-akhir ini..apakah benar..apakah hanya provokasi terhadap Au Sang ?
Aakj bersama Team Nadi Rakyat bersedia untuk ke sana...mohon pihak berkenaan hantarlah kami ke sana agar polemik ini berakhir..agak resah umat Islam d Malaysia..kita masih punyai perasaan apalagi bila kita d didik dengan "Islam itu Bersaudara" !!
Kepada pihak yang sudi taja..kami bersedia...!!
Sabtu, 28 Julai 2012
Misteri! Lubang Neraka Dunia Ditemui di Derweze, Turkmenistan. http://natasha-massagealamalay.blogspot.com/
Bayi baru lahir dikelar sepanjang 5cm dileher
Sedangkan Haiwan Sayangkan Anaknya Ini kan Manusia edit from DUNIA HIBURAN by http://79062210.blogspot.co
m/ Seorang bayi baru lahir yang ditemui dalam plastik di tempat pembuangan sampah dengan kesan kelar di leher dilaporkan semakin pulih, semalam. Bayi perempuan itu ditemui bersama urinya yang masih melekat diselamatkan selepas seorang lelaki yang mencari barang lusuh terserempak dengan beg plastik berkenaan di bandar Anshan, Liaoning. Penduduk tempatan menghubungi polis sebelum bayi terbabit dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal. Seorang saksi berkata, bayi itu masih bernafas dan denyutan jantungnya dapat dilihat. “Seluruh tubuhnya berlumuran darah akibat kesan kelar di lehernya,” katanya.
Polis berkata, doktor yang merawat bayi terbabit mendapati dia mengalami kecederaan parah akibat kelaran sepanjang lima sentimeter itu. “Luka itu begitu dalam sehingga mencederakan saluran pernafasan bayi terbabit,” katanya. Doktor pula berkata, bayi malang itu mungkin mati serta-merta jika luka berkenaan terkena lebih dalam. Sumber berkata, bayi terbabit mungkin mangsa dasar mengehadkan setiap keluarga memiliki seorang anak yang diamalkan di China.
Ia juga mungkin didorong kecenderungan pasangan suami isteri China yang gemar memiliki anak lelaki berbanding perempuan. Dipercayai bayi berkenaan lahir pramatang dan mungkin berusia antara 32 dan 24 minggi.....
Kononnya ada kuasa hikmat ( khurafat )
kurang lebih dengan mengangkong beza x bawa co
lok post from... http://715246.blogspot.com/ Sebatang balak yang ditemui tertanam dalam tanah baru-baru ini menjadi perhatian ramai kerana dipercayai memiliki hikmat menyembuhkan penyakit serta meramal loteri, lapor media semalam. Setakat ini kira-kira 5,000 orang datang ke kampung Prey Yeang, Pursat, untuk melihat kayu balak sepanjang 13 meter itu. Ia ditemui awal bulan ini apabila sebuah keluarga menggali perigi di situ. Ketua kampung itu, Hun Nov, berkata orang ramai yakin kayu balak itu memiliki kuasa ajaib. “Ramai pelawat datang membawa pengeras seperti kepala babi dan ayam rebus apabila sesetengah penduduk memenangi loteri selepas menyentuh kayu berkenaan,” katanya.
Hun Nov berkata, pihak berkuasa tiada hak menghalang orang ramai datang ke situ. Dianggarkan beratus-ratus pengunjung datang ke situ untuk mencuba nasib dan sesetengahnya menyapu bedak ke kayu berkenaan dengan harapan dapat mengesan sebarang nombor di situ. - AFP

TEMBAK MENEMBAK POLIS DAN MILITAN
Adegan tembak-menembak di Pattani Thailand (28.07.2012)
4 askar terbunuh, 2 lagi cedera di selatan bergolak Thai pada pagi Sabtu (28.07.2012). Enam askar pasukan petugas khas No.1532 sedang membuat rondaan menggunakan tiga motosikal di Jalan Mayo-Palas di daerah Pattani Mayo apabila lelaki bersenjata yang menaiki 3 buah pick-up menyerbu dan melepaskan tembakan pada mereka.Polis menyalahkan militan pemisah atas insiden itu.
Popout
FIFA X BAGI LELAKI & WANITA 1 TEAM
Saturday, July 28, 2012......http://urutbadan-natasha.blogspot.com/
ANTARA SEBAB FIFA TAK BENARKAN PEMAIN LELAKI & WANITA BERCAMPUR DALAM SATU TEAM !! (YANG BERPUASA JANGAN TENGOK...)
pergHHH !! inilah yang akan terjadi apabila menyanyikan lagu kebangsaan negara mereka antara pemain lelaki dan perempuan sebelum bermulanya perlawanan bolasepak
sebab tu fifa tak benarkan..muahahah
sebab tu fifa tak benarkan..muahahah
Selamat Berpuasa...
Jumaat, 27 Julai 2012
HARUS AMBIL IKHTIBAR
MIMPI BASAH KETIKA SEDANG BERPUASA.....http://natasha-massagealamalay.blogspot.com/
Ada sebuah pertanyaan yang diajukan pada Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz rahimahullah [1], “Jika orang yang berpuasa mimpi basah di siang hari bulan Ramadhan, apakah puasanya batal? Apakah dia wajib untuk bersegera untuk mandi wajib?”
Beliau rahimahullah menjawab,
“Mimpi basah tidak membatalkan puasa kerana mimpi basah dilakukan bukan atas pilihan orang yang berpuasa. Ia punya keharusan untuk mandi wajib (mandi junub) jika ia melihat yang basah adalah air mani. Jika ia mimpi basah setelah solat subuh dan ia mengakhiri mandi junub sampai waktu zhuhur, maka itu tidak mengapa.
Begitu pula jika ia melakukan hubungan intim dengan isterinya di malam hari dan ia tidak mandi kecuali setelah masuk Subuh, maka seperti itu tidak mengapa. Mengenai hal ini diterangkan dalam hadis yang sahih bahawa Nabi Muhammad SAW pernah masuk Subuh dalam keadaan junub kerana sehabis berhubungan intim dengan istrinya. Kemudian beliau mandi junub dan masih tetap berpuasa.
Begitu pula wanita haidh dan nifas, jika mereka telah suci di malam hari dan ia belum mandi melainkan setelah masuk Shubuh, maka seperti itu tidak mengapa. Jika mereka berpuasa, puasanya tetap sah. Namun tidak boleh bagi mereka-mereka tadi menunda mandi wajib (mandi junub) dan menunda solat hingga terbit matahari. Bahkan mereka harus menyegerakan mandi wajib sebelum terbit matahari agar mereka dapat mengerjakan solat tepat pada waktunya.
Sedangkan bagi kaum lelaki, ia harus segera mandi wajib sebelum shalat Subuh sehingga ia boleh melaksanakan solat secara berjemaah. Sedangkan untuk wanita haidh dan nifas yang ia suci di tengah malam (dan masih dalam waktu Isyak), maka hendaklah ia menyegerakan mandi wajib sehingga ia dapat melaksanakan solat Maghrib dan Isyak sekaligus pada malam itu. Demikian fatwa sekelompok sahabat Nabi Muhammad SAW. Begitu pula jika wanita haidh dan nifas suci di waktu Asar, maka wajib bagi mereka untuk segera mandi wajib sehingga mereka dapat melaksanakan solat Zohor dan Asar sebelum tenggelamnya matahari.
Wallahua'lam.
Demikian Fatwa Syaikh Ibnu Baz rahimahullah [2].
KEKEJAMAN PUAK RAKHAINE TERHADAP ROHINNYA.....
Pada hari ini kita masih mampu tersenyum gembira menyambut ramadhan bersama keluarga, kita mampu bersahur dan berbuka bersama keluarga dan teman-teman, kita masih mampu membuat persiapan menjelang hari raya yg bakal tiba, tapi sedarkah kita masih ada saudara-saudara islam kita di luar sana yg menanggung derita akibat dari kekejaman manusia yg hilang sifat kemanusiaan...
pembunuhan kejam dan rogol, terhadap penduduk islam di burma myanmar semakin berleluasa, dunia hari ini seolah-olah dibutakan dengan kekejaman puak bangsat rakhine,
menurut statistic yg di perolehi dari sumber fb menyatakan
1) 52 ribu umat islam disembelih dlm mase hanye 6 minggu
2) 22 buah masjid dibakar, sebahagiannyer dibakar bersama dgn jemaah ketika menunaikan solat
3) 60 buah kampung islam di bakar...
4) wanita dirogol sampai mati
5) jenazah umat islam tidak dibenarkan di ambil,di tanam..mereke akan humban dlm laut atau dibiarkan hingga di baham anjing2
6) kedai2 mkn tidak dibenarkan menjual mknn pd umat islam
7) sesiapa yg betulkn kembali masjid yg dibakar td akn dihumban dlm penjara.
menurut dari petikan harian metro lebih 1000 yg terbunuh atau kebih tepat lagi di bunuh dengan kejam, apakah sumbangan yg mampu kita berikan sebagai manusia, sebagai umat islam, kita lihat dengan jelas mereka di tindas dan di bunuh dengan kejam, sedang kita masih mampu tersenyum gembira di sini, menantikan aidilfitri yg bakal tiba,
persoalan yg terus menjadi persoalan kenapa isu mamat sepah dan zed zaidi mampu mendapat liputan meluas para blogger dan mampu menjadi trending di twitter hanya dalam masa beberapa jam?
apa yg mampu oh! umar katakan sama-sama kita hebahkan agar dunia memandang serius tentang kekajaman puak rakhine terhadap umat islam di burma....
P/s: tak akan malaysia pun nak berdiam diri macam negara lain :)

dimana letaknya nilai-nilai kemanusiaan...
apa yg mampu oh! umar katakan sama-sama kita hebahkan agar dunia memandang serius tentang kekajaman puak rakhine terhadap umat islam di burma....
P/s: tak akan malaysia pun nak berdiam diri macam negara lain :)
ETNIK ROHINGNYA
http://79062210.blogspot.com/
1) 52 ribu umat islam disembelih dlm mase hanye 6 minggu
2) 22 buah masjid dibakar, sebahagiannyer dibakar bersama dgn jemaah ketika menunaikan solat
3) 60 buah kampung islam di bakar...
4) wanita dirogol sampai mati
5) jenazah umat islam tidak dibenarkan di ambil,di tanam..mereke akan humban dlm laut atau dibiarkan hingga di baham anjing2
6) kedai2 mkn tidak dibenarkan menjual mknn pd umat islam
7) sesiapa yg betulkn kembali masjid yg dibakar td akn dihumban dlm penjara
Jika Mampu Untuk Berjihad, Pergilah...
Jika Mampu hanya Untuk Menderma, Dermalah,
Dan Jika Hanya Doa Kemampuan Kita, Berdoalah Setiap masa, Kerna Doa Itu Senjata Bagi Orang Mukmin...

YANG KAYA MEMBANTU YANG MISKIN
7:25 AM (4 hours ago)
CHINA !! FOTO !! YANG MISKIN TERUS MEREMPAT !! SYUKUR AKU TINGGAL D MALAYSIA
Kemiskinan Memaksa Pekerja Di China ‘Menambat’ Anak Mereka Di Tempat Kerja.Walaupun dianggap sebuah kuasa besar dalam ekonomi, ramai rakyatnya masih dicengkam derita kemiskinan.
Pendapatan yang rendah menyebabkan ramai pekerja bawahan di sana tidak dapat membayar untuk khidmat penjagaan anak-anak mereka.
Apa yang menyedihkan, disebabkan faktor tersebut, ramai yang terpaksa membawa sekali anak-anak mereka ke tempat mereka mencari rezeki.
Bukan itu saja, bagi memastikan anak mereka selamat, mereka terpaksa ‘menambat’ anak mereka ketika bekerja.
Mungkin perkataan ‘menambat’ itu agak kasar bunyinya, tapi lihat sendiri gambar-gambar di bawah ini.

JANGAN MUDAH TRPEDAYA DENGAN HARGA YG MURAH
Ditipu Beli Baju Kurung Di Facebook
Banyak sangat kes penipuan jual barang dalam internet ni. Kenalah berhati-hati, terutama kalau harganya murah sangat tak masuk di akal. Baru-baru ini Impian lima rakan sekerja untuk melaram baju kurung baharu yang didakwa dibeli melalui sebuah kedai pakaian di laman sosial, Facebook bagi menyambut Aidilfitri nanti berkecai setelah pakaian yang dipesan tidak diterima.
Kesemua mereka bertugas di sebuah institut pengajian tinggi di sini kerugian RM520 berikutan 10 pasang baju kurung yang dipesan itu tidak diterima selepas membuat bayaran pada 19 Julai lalu.
Seorang mangsa, Nohasihida Mat Yazid, 26, berkata, pengendali kedai laman sosial tersebut didakwa telah menutup akaun Facebook tersebut selepas dua hari membuat bayaran.
“Kami amat terkilan dengan taktik pengendali laman Facebook itu yang mengambil kesempatan sempena hari raya ini untuk menipu orang ramai dan hasrat kami untuk membeli baju raya tidak kesampaian,” katanya di sini semalam.
Menurut Nohashida, dia tertarik untuk membeli baju kurung di laman pengendali tersebut ekoran harga yang ditawarkan murah berbanding kedai lain dan pakaian yang ditonjolkan itu cantik serta mempunyai ciri serba moden berlabuci.
“Harga baju kurung yang dijual di kedai pengendali laman sosial itu sekitar RM90 sepasang, jimat RM100 dari kedai di luar dan apabila kita membeli dalam kuantiti lebih 10 pasang, kedai tersebut menurunkan harga kepada RM50 sepasang,” ujarnya.
Kesemua mereka bertugas di sebuah institut pengajian tinggi di sini kerugian RM520 berikutan 10 pasang baju kurung yang dipesan itu tidak diterima selepas membuat bayaran pada 19 Julai lalu.
Cantiknya baju kurung ini. Cuma gambar hiasan,tiada berkait dengan tajuk diatas |
“Kami amat terkilan dengan taktik pengendali laman Facebook itu yang mengambil kesempatan sempena hari raya ini untuk menipu orang ramai dan hasrat kami untuk membeli baju raya tidak kesampaian,” katanya di sini semalam.
Menurut Nohashida, dia tertarik untuk membeli baju kurung di laman pengendali tersebut ekoran harga yang ditawarkan murah berbanding kedai lain dan pakaian yang ditonjolkan itu cantik serta mempunyai ciri serba moden berlabuci.
“Harga baju kurung yang dijual di kedai pengendali laman sosial itu sekitar RM90 sepasang, jimat RM100 dari kedai di luar dan apabila kita membeli dalam kuantiti lebih 10 pasang, kedai tersebut menurunkan harga kepada RM50 sepasang,” ujarnya.
Mangsa yang ditipu beli barang online di Facebook |
myMetro | Beruk suka sarsi
myMetro | Beruk suka sarsi KO TA BHARU: “Tapai pulut dan minuman sarsi memang menjadi makanan biasa baginya. Itulah yang dimakannya dan sihat hingga sekarang,” kata seorang lelaki, Aznan Mohd, 26, mengenai beruk kesayangannya yang diberi nama Jaguh.
Jaguh yang berusia lima tahun bersaing dengan 100 beruk lain sebelum muncul juara dalam Pertandingan Beruk Memetik Kelapa yang diadakan di Kampung Melor Lama, di sini. Menurut Aznan, haiwan itu menjadi kesayangannya menyebabkannya begitu menjaga pemakanannya dan memberi perhatian lebih.
Katanya, dia membeli Jaguh ketika berusia setahun dengan harga RM1,000, namun bertuah apabila haiwan itu tidak banyak kerenah.
“Jaguh dianggap haiwan yang baik kerana mendengar kata tuannya. Disebabkan itu saya terlalu sayangkannya.
“Selain tapai, saya juga memberinya minum susu pada waktu pagi termasuk nasi dan kuih-muih. Hanya kadang-kala ia memanjat pokok kelapa,” katanya.
Sempena pertandingan kali kedua itu, orang ramai kebanyakannya dilihat terhibur apabila memerhatikan pelbagai gaya dan telatah haiwan terbabit.
Aznan berkata, pertandingan itu unik dan menjadi sebahagian usaha memperkenalkan aktiviti berkenaan yang sering dilakukan di kampung.
Katanya, ia juga dapat mengeratkan hubungan antara peserta dan penduduk sekitar kawasan.
“Saya gembira melihat ada pemilik beruk dari Besut, Jeli, Gua Musang dan Kuala Krai sanggup datang ke sini untuk menguji ketangkasan beruk mereka,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/27
Kongsi artikel ini menerusi media sosial
More Sharing ServicesKongsi Artikel|Share on facebook FacebookShare on myspace MySpaceShare on google GoogleShare on twitter Twitter
Artikel Lain
- Polis tahan dua lelaki, tumpas sindiket curi kenderaan mewah 17:22:34 PMKUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki tempatan dan menemui semula lima kereta mewah bernilai lebih ...
- Dua beradik tiri didakwa bunuh ibu tiri17:14:02 PM
- 38 orang keracunan makanan di PD16:15:52 PM
- Dua mayat kru kapal Bunga Alpinia ditemui 15:13:23 PM
- Jurukimpal rugi RM70,000, kereta, motosikal musnah dalam kebakaran14:01:53 PM
- Operasi evakuasi pelajar Malaysia di Syria selesai: Anifah Aman 12:03:13 PM
Langgan:
Catatan (Atom)